Saturday, March 16, 2013

sweet vacation.....INDONESIA

Hello kawan-kawan, selamat sore. Ketemu kita lagi dengan cerita baru yang akan gue coretkan...hihi

cup cup...apa pasal aku speaking "indonesia" pula ini..haha inilah dia bahana rindukan trip ke Indonesia yang aku rasa tidak akan aku lupakan sepanjang hidup...kali ini aku ingin memnceritakan pengalaman aku melawat negara Indonesia. Untuk pengetahuan kawan-kawan, ini adalah kali pertama aku travel ke negara luar..jadi sudah tentu excitednya lebih sedikit..Aku akan kongsikan seberapa ilmu, pengalaman dan tips yang mana mampu aku coretkan. Untuk kali ini aku akan cerita setiap saat, minit dan jam sewaktu disana dengan disertai gambar-gambar jadi cerita aku akan bersambung dari hari pertama sampailah hari terakhir....Harap kawan-kawan dapat input yang berguna..maaf kalau ada typo atau pengunaan bahasa yang salah..hihi

22hb Februari 2013 ( Jumaat)

Alarm jam hp berbunyi pukul 4.00am. Uargggghh!!! aku menguap serius mengantuk sebab x dapat lelapkan mata sepanjang malam tadi. Yelah mana nak dapat tidur sebab terlalu excited memikirkan hari esok, aku akan berangkat ke Indonesia buat pertama kali. Tiba-tiba mak memanggil aku dari bawah "akak bangun, dah tiba masanya, pergi mandi, sarapan dan siap-siap". Lalu aku pun turun dan melakukan apa yang disuruh oleh mak. Begitu juga dengan abang, adik dan ayah. Aku melihat abang dah kelihatan segak dengan barang yang sudah siap di 'packing'. Yelah abang bertolak awal sedikit dari kami sebabnya tiket kami berbeza, flight abang pukul 7am manakala aku, mak dan azim menaiki flight MAS pukul 8.15am, mak su dan pakshai pula flight Air Asia pukul 9.15 am dan terakhir keluarga kak ayu flight MAS pukul 4.30pm. Jadi totally kami seramai 11 orang yang akan pergi trip ke indonesia ini.

Disebabkan kita mesti berada di Terminal seawal 20 minit daripada waktu berlepas, terpaksalah kami mengikut masa ayah bertolak ke kerja sebab ayah yang akan hantar kami ke terminal. Sampai je disana, kami dibantu oleh kak ayu untuk "check in" means check tiket dan juga uruskan bagasi untuk dimasukkan ke dalam kapal. Tapi yang kelakarnya mentang-mentanglah bakal kakak ipar aku ni kerja disini, boleh pula dia bukakan 1 kaunter special untuk kteorg buat check in, yelah kaunter lain semuanya penuh...hihi untung juga dapat bakal kakak ipar yang kerja disini. Selepas selesai segala urusan termasuk lah barang dan badan ku sendiri di check oleh polis imigration, baru lah kami lepas ke tempat menunggu kapal terbang, uisy serius complicated betul nak lepas banyak sangat proses yang perlu dilalui tapi kalau kita fikir secara "+" sudah semestinya ini adalah untuk keselamatan negara juga.

tengok itulah flight nya yang akan bawa kami terbang ke Indonesia

excited sangat2 mak dan azim.haha aku pun juga cuma x ada je gambar aku..

Memandangkan dalam flight x boleh nak on hp, x dapatlah aku nak ambil gambar banyak dalam kapal terbang, kalau boleh dah lama aku niat nak ambil gambar mat salleh yang duduk depan dan belah kanan aku hihi....tapi kalau dapat pilot lagi syok haha..niat x baik betul...

dalam fligt kiteorang disajikan dengan 2 pilihan samaada roti canai atau nasi lemak, aku pilih nasi lemak. Mak dan azim roti canai..boleh lah sedap juga menu dia tapi lagi untung kalau naik under business class..ini berdasarkan maklumat family bakal kakak ipar aku..disebabkan economy class dah penuh, terpaksalah dieorang naik under business class even mahal tapi makanan dieorg lagi sedap siap ada sate ayam turki lagi..waaaa syoknya. xpe nanti lain kali aku nak rasa naik business class pula.

Perjalanan kami mengambil masa selama 3 jam..sempat lah juga aku lelapkan mata. Perkara pertama yang dapat aku rasakan debaran ketika kapal nak terbang, sangatlah takut yelah cuba bayangkan tadi kita di darat sekarang kita di udara. Tinggi sangat dan indah dengan melihat kepulan awan-awan yang betul-betul berada di luar tingkap sebelah kiri aku. Disebabkan kami betul-betul duduk di atas sayap kapal, kiteorg boleh lihat kesan tekanan udara mennyebabkan sayap kapal bengkok..uisy memang seram...Tapi paling aku kagum indahnya ciptaan tuhan apabila rupanya diatas langit kita selalu melihat awan tapi itu adalah lapisan pertama, dan diatas nya ada lagi beberapa lapisan..YaAllah begitu tingginya ciptaan mu.

                                                 Lihatlah seat aku di atas kepak kapal terbang


sempat juga snap sebelum turun

Selepas beberapa jam, pilot memberi 'announcement' meminta kami semua memakai semula seat belt bagi persediaan untuk mendarat. Tepat pukul 10.15am, jejak lah kaki kami ke "Terminal Soekarno Indonesia" Mesti korang pelik tadi aku kata 3 jam napa pula aku smpai seawal 10.15am bukan patutnya 11.15am..hihi xdelah sebenarnya sama sahaja sebab waktu di indonesia adalah awal 1 jam dari waktu Malaysia so terpaksalah aku biasakan diri melihat jam awal 1 jam. Seperti biasa sampai disana kami di check sama system seperti di Terminal KLIA. Adalah juga rasa teragak-agak yelah macam tadi di Malaysia ada bantuan bakal kakak ipar aku, disini kenalah kami survive sendiri. So kiteorg ikut jelah orang yang naik kapal dengan kami tadi. Ketika passport kami di check oleh pekerja immigration Indonesia, sempat pekerja itu beramah mesra dengan kami dengan bertanya dari mana? untuk apa datang sini? dan banyak lagi dan dia juga bergurau dengan kami mengenai upin dan ipin. Kalau nak tahu orang indonesia mengenali Malaysia dengan karakter upin dan ipin..first impression aku ramah juga orang indonesia ini..hihi

So next process time untuk ambil bagasi, sebelum itu aku, mak dan azim sempat ke toilet untuk membuang apa yang patut hihi...time tu x terfikir pun apa akan terjadi kalau ambil beg lambat. Selepas keluar toilet kiteorg pun carilah bagasi di bahagian no. yang ditulis dalam tiket kami..cari-cari xde, pelik juga rupa-rupanya beg kami telah diletakkan di bahagian "BAGASI HILANG" haha nak tergelak aku rasanya...sebab baru je beberapa minit ke toilet dah jadi macam ini..ada pekerja laki disitu yang membahasakan dirinya sebagai "om" membantu kami mengangkat beg ke troli..hihi

Selepas itu kami pun ke pintu keluar departure terminal mencari abang yang sampai awal dari kami dan juga tourist guide yang akan membawa kami jalan-jalan di Indonesia. Kami dan abang berjanji jumpa di McDonald tapi cari-cari x jumpa pun mana McD, tiba-tiba ada seorang lelaki muda muka ala-ala "irwansyah" menahan aku dan menawarkan kereta sewa. Aku menolak dengan cara yang baik dan apa lagi aku pun tanya lah dia mana direction ke McD...dan dia kata dia xtahu apa itu McD...dalam fikiran aku o...dia xtahu kowt nama singkatan McD so aku sebutlah M.c.D.O.N.A.L.D.....barulah dia faham dan dia kata sini tiada McD yang ada A&W.1 perkara yang aku pelik dengan orang ni..dia cakap BI tapi susunan ayat yang dikatakan tu macam x kena je bagi aku bila aku cakap BM dia x paham pula ,then aku pun cakap BI bolehlah dia faham sikit2. Bila aku tanya dia baik2 english mana yang dia pakai, dia kata dia belajar sikit-sikit melalui kawan-kawan untuk bekerja sebagai ejen kete sewa bagi mencari sesuap nasi untuk mak dan adik dia .huhu terharu betul aku dengar..bagus-bagus aku betul-betul puji dia. Ok stop cite pasal lelaki tu next adoi kiteorang pun da start bingung macam mana nak cari abang ni..kalau kol mana boleh,,,karang balik2 Malaysia tengok bil-bil melambung-lambung..huhu...Jalan-jalan terjumpa abang Alhamdulillah nasib baik kalau tidak niat aku nak je buat announcement nak panggil nama abang..hihi....

Abang yang kelihatan penat mengatakan dia x jumpa pun langsung "tourist guide" yang dikatakan akan mengambil kami. sebelum itu maksu ada hantar "whatsapp" mengenai ciri-ciri tourist guide kami...tapi x jumpa pun....tiba-tiba ada seorang lelaki memakai cermin mata dan lebih kurang umur 45+++ menegur kami dan menunjukkan tulisan yang ditulis diatas kepingan kotak "bapak Akmal" dan Ibu Rosnani" (Malaysia) dan kami mengiayakan..dia rupanya tourist guide yang da lama tunggu kami tapi x jumpa-jumpa pun kami..yelah mana nak jumpa kalau dia tulis kecil sangat cuba dia buat besar-besar sudah tentu time kami keluar pintu terminal dah boleh nampak nama kami...huhu...lalu dia perkenalkan dirinya sebagai "pak Ruby"...dia membantu kami mengangkat beg untuk dibawa ke van yang akan membawa kami berjalan-jalan di Indonesia..First impression aku..wa..besarnya "mobil" ini...dekat cermin hadapan "mobil" ini ada tulis "PARIWISATA"..aku ingatkan nama company rupanya "PARIWISATA" bermaksud "PELANCONG" haha nasib baik aku tanya kat pak Ruby...kalau x smpai sekarang aku ingat nama company dia..hihi...
Di dalam "mobil" "PARIWISATA"

next perjalanan kami ke terminal soekarno 3..la baru aku tahu banyak terminal kat Indonesia ni...Terminal yang aku turun tadi adalah terminal 1...menurut pak ruby terminal 1 adalah untuk kapal-kapal besar dan mewah seperti MAS,GARUDA,SINGAPOREAN dan banyak lagi...manakala terminal 3 untuk kapal kecil dan grade rendah seperti AirAsia...yes dapat lagi pengetahuan baru...hihi....so tujuan utama ke terminal soekarno 3 untuk mengambil maksu dan pakshai...disana bukan sahaja pak ruby turun..kami pun sama saja nak lihat apa beza terminalnya ini...sewaktu aku dan family aku jalan ke sana aku melihat anak-anak muda menyusun sejadah di atas jalan tar luar masjid...wa sampai keluar jemaah lelaki solat jumaat. Bagusnya...!!

Hampir 3o minit kami menunggu maksu dan pak shai di bahagian pintu departure...kami duduk di kerusi berhampiran pintu. Aku sahaja melihat gelagat warga Indonesia...ada yang sibuk dengan laptop di atas riba, ada yang melayan kerenah anak-anak mereka..dan lain2 bukan setakat itu aku melihat juga fesyen dan perwatakan mereka..saja nak tahu ada beza atau tidak dengan warga negara aku..hihi...

Menunggu maksu dan pak shai


Mak pun juga 

Aku terdengar perbualan telefon seorang "tantor" di sebelah ku..rupanya dieorang ni terpaksa datang seawal yang mungkin sebelum bertolak menaiki flight...menurut dia kalau tidak pasti mereka tidak dapat lepas dari "macet"....huhu actually waktu itu aku x tahu pun apa yang dimaksudkan..aku pun buat dek jelah...beberapa minit kemudian maksu dan paksu pun sampai.....maksu kata apa lagi "now let's go to get sweet memories in Indonesia"...yeaahhh...

bersambung.............

Sunday, March 3, 2013

menakjubkan.......segala-galanya mampu berlaku

ahad, 3 march 2013 jam 10.41pm...
ok mood nak coret kan sesuatu di dalam blog dah datang..hihi

assalamualaikum kawan-kawan, harap semuanya sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah seperti aku sendiriAllah telah mengurniakan kesihatan yang baik memandangkan esok bermula lah sesi kuliah semester ke 5. Waaaa lihatlah sekarang aku sudah berada di sem 5, super senior tu jangan main-main..haha 
dah mula la tu nak tunjuk kuasa senior yang aku ada..macam hebat sangat je bunyi nya tu. Huhu minta-minta dijauhkan, da menhjadi senior bukan bermaksud da boleh tunjuk tembelang. Ingat itu ya!!!

Esok seawal 8 pagi kelas aku akan bermula hingga lah pada pukul 4.50 pm. Tapi aku percaya seperti biasa minggu awal kuliah mesti pensyarah akan keluarkan kami awal. Jadi minggu ini belum lagi sesi memenatkan.

semester baru ini banyak memberi kelainan dalam hidup aku, yelah aku x drive kete ke kuliah lagi dah. Aku akan tumpang kete teman serumah aku. Actually niat hati memang nak bawa je kete macam sem-sem lepas tapi aku x boleh pentingkan diri. Semester baru ini aku berazam mahu berjimat seboleh mana yg mampu aku lakukan. dengan menaiki kete teman aku, aku hanya perlu membayar minyak dgn cara 'tong-tong' =share dengan rakan lain. Dengan cara itu aku mampu mengurangkan beban ayah dan famili ku.

lagipun jika aku bawa kete myvi ke kuliah, ia akan menjadi masalah kepada ayah, mak dan abg sebabnya kete famili ku volvo dan kembara telah dijual. Ini kerana kete kembara hancur dan x mampu dibaiki kerana gara2 accident aritu, jadi ayah hanya mengambil insurans dan manakala volvo pula da banyak kali rosak, jadi ayah mengambil kata putus untuk jual, Jadi dengan duit yang ada insyaallah minggu depan famili aku akan memakai kete baru, Alhamdulillah.

ok kita cerita pasal perjalanan aku daripada hari jumaat 2 hari lepas sampailah hari ini.
Jumaat lepas aku telah teman mak menghantar bibik baru ke rumah tok abah. Seawal jam 9am aku drive ke merlimau, melaka dimana terletaknya rumah sewa adik aku, then kete myvi ku diletakkan di situ kemudian kami menaiki kete makcik ku pula terus ke Johor sebab kebetulah mak cik aku ada kursus di melaka. Jadi nak jimat minyak dan tol balik kg, kami bawa 1 kete je.

Sampai je di kg, aku bersalaman dgn atok abah. Alhamdulillah atuk sihat cuma sakit biasa-biasa je lah. Setiap kali balik kg, aku pasti akan menitiskan air mata teringatkan tok mak kerana terlalu banyak memori yang ada di kg ku itu. 

dan pada hari ahad sebelum kami pulang semula ke KL, aku bersama mak dan makcik ku melawat makam tok mak. Aku excited sangat nak jumpa tok mak, yelah sebab makam tok mak dah dicantikkan dan dihiaskan dgn adanya batu marmar dri laut dan rumput carpet. Tibanya aku di tanah perkuburan aku mengatakan Yaallah indah sungguh makam tok mak, aku sempat membawa bunga2 yang ditanam oleh tok mak sendiri lalu aku tabur di atas makamnya.. cantik sangat dan indah dengan pelbagai warna bunga.

Dan pada jam 3pm pulang lah kami ke KL semula, Hari ini pula aku drive pula ke perak mana lagi u aku lah..huhu...itu lah dia perkara yang aku lakukan mulai hari jumaat sehinggalah hari ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, dalam masa 3 hari aku mampu melakukan beberapa tugasan sangat puas hati.




Friday, February 15, 2013

tidak ku duga, seindah bunga berkembang

helloooooo!!!
tu dia sudah datang idea, mood nak mencoretkan sesuatu di dalam blog.
hari ini result untuk semester dah keluar di email setiap pelajar,, dan tepat pukul 4.30pm, keyakinan aku untuk melihat result pun da muncul..
sem ini aku kurang teruja untuk melihat result sebab sem ni terlalu tough so aku x harapakan result gempak. lulus pun aku da bersyukur sangat2.

seperti yg dijangkakan result sem ni tidaklah gempak seperti sem lepas, tapi aku tetap melakukan sujud syukur. Yang aku pentingkan sekarang untuk pastikan cgpa aku sentiasa di aras yang cukup untuk jadikan aku mengenggami first class.

ok stop cerita pasal result sekarang kita cerita mengenai cuti yang berbaki hanya 2 minggu..wuhaaaa..cepat betul masa berlalu...
minggu depan buat pertama kalinya aku akan menjejaki ke negara luar..
-passport
-tukaran mata wang
semuanya da ready. semenjak da tukar duit, aku rasa seakan-akan da jadi orang kaya, yelah bayangkan kat tangan ada 5 juta rupiah..haha...

kat sana nanti aku nak luangkan masa dan menikmati keindahan negara luar dengan lebih mendalam, dari situ aku akan belajar cara, adat, budaya, makanan dan macam2 lagi mengenai negara itu..
yoooo..serius x sabar..

Sunday, January 20, 2013

the end of this semester...

yahoooooooo!!! akhirnya tamat semester 4. Yabedu bedu.....inilah masa yang ku tunggu-tunggu, bebas dari belajar. Hihi. 
Cuti semester bermaksud berehat tanpa memengang buku. Kalau time sekolah dulu, cuti kena pegang buku juga tapi berbeza da masuk u kalau cuti memang betul-betul cuti sebab: semester baru subjek baru.

Rumusnya, peperiksaan kali ini sangatlah susah. Cuba bayangkan masuk dewan duduk tgok soalan exam...oh no...apa yang dia tanya ni, besarnya markah...Huhu benda ni terjadi pada 2 paper iaitu ent & law. Paper lain pun susah juga tapi boleh lah jawab.. Itu yang aku rasa x berapa nk confident dapatkan dean's list. Tapi aku tetap bersyukur apa jua keputusan sebab ia bergantung pada usaha seseorang. Kadang2 sebanyak usaha mana yang kita letak pun, kalau Allah x benarkan untuk kita berjaya..X berjayalah kita, tapi sebagai hamba nya ini perlulah percaya mungkin xde rezeki, Allah akan bantu hambanya ini dalam apa jua pun. Insyaallah.

Ok, sekarang nak cerita pula pasal perasaan betapa excited nya nak balik esok. Insyaallah start bertolak daripada rumah pukul 10 am after hantar mila..kira aku dan fida orang terakhir keluar rumah. Lagipun malas nak bertolak pagi2..ngantuk nak tido lama cikit baru la syok nk start kan perjalanan. Aku akan hantar fida ke seremban then baru balik nilai. Semoga perjalanan kami dirahmati Allah

Buat masa ini, semua barang da packing tinggal nak masuk dalam kereta je. RUmah???huhu banyak lagi x kemas, xpe ke ar..takut la pakcik tuan rumah marah, aku just buat apa yang mampu je. Nak buat semua memang x mampu. Xpelah sapu je lap sikit ok la tu kowt.

Ok sampai sini je ingin aku coretkan. Nanti cuti sem kalau aku rajin buka blog, insyallah akan ku updatekan citer baru..

ok semoga kita jumpa lagi, dan doakan saya dan rakan2 sampai ke destinasi masing2..tata..


Wednesday, January 16, 2013

cot cet cot cet..inilah dia penghujungnya

17 januari 2013...
itu dia dah datang dah mood nk menaip untuk new post...hihi alhamdulillah Allah memanjangkan umur hambanya ini untuk menikmati hari hari yang seterusnya. Sekejap betul masa berlalu dan sekarang kita dah berada di tahun 2013 maksudnya umurku pun akan start menginjak ke -22-...oh noooo!!!tua da...:'(

banyak cerita yang ingin ku coretkan memandangkan hampir sebulan kowt aku x buka blog ni...nampak da berhabuk da blogku ni..member2 lain da buat banyak new post dan aku..hihi

lagi 4 hari aku akan start cuti sem selama hampir sebulan..yahoooo syoknya x terkira boleh relax2 goyang kaki sambil makan cekedis. eh lupa pula ada 1 paper lagi hari ahad ni...baru lah boleh bergembira...Cuti sem ni aku akan teman mak pergi bandung, indonesia..mak kata nak shopping..Tiket pun da tempah..tapi pasport x buat lagi...mesti ada yang pelik macam mana tiket boleh dapat sedangkan pasport xde..hihi aku ni special cikit sebab dapat naik flight MAS free tanpa bayar pun sebab ayah kakitangan MAS...tapi dengan syarat anak nya mesti masih dalam tempoh belajar.hihi

ok story mory seterusnya.....ini cerita yang macam bagi aku pernah aku alami dan ia berlaku semula..agak-agak apa ya...apa lagi kereta rosak lah..huhu memang spoil betul mood aku kalau benda ni jadi yelah pressure kowt nak minta tolong orang lah, nak fikir pasal duit ayah yang perlu dikeluarkanlah..ahhhh memang aku x suka...

pagi tadi after aku masuk u untuk buat surat pengesahan dan beli makanan di kolej aku singgah sebentar di kedai runcit rahmath, then bila nak balik, aku start kete myvi aku dia x mahu hidup, time tu aku dan member aku baru je di tegur oleh pakcik bawa lori kopi kira supplier kedai rahmath lah ni. Then bila kete x leh nak start dia tanya napa x boleh start ke?? aku da rasa takut kowt sebab nampak pakcik ni bak kata member aku mengelenya (gedik). Tapi ntah tiba2 aku kena buang perasaan tu sebab dia sudi nak tgok kan apa punca  myviku rosak.

hampir 2 jam kowt, buat jumper dengan lori kopi x hidup2 then cari orang baiki kete pula..dan lastly org repair tu kata kena tukar bateri..huhu melayang rm200...sian ayah..

Tapi bila fikir balik, nasib baik jadi sebelum aku balik sepang..yelah mana tahu jadi kejadian macam setahun lepas bila kete kembara aku x boleh start di R&R dengkil. x mau aku jadi macam itu..lagi teruk kat highway pula tu..
#sebab itu aku rasa bersyukur sebab sampai hari ini kejadian kete rosak yg aku alaminya semuanya dapat di handle tanpa ada sebarang masalah atas sebab ada yang sudi membantu..so aku nak ucapkan terima kasih kepada pemandu lori yang membantu aku walaupun pakcik tu sebenarnya ada lah niat x baik sikit, biasalah lelaki jangan kita melayan sudah. 

itu jelah yang nak aku coretkan, sekarang time nak packing barang, malam nanti baru study law.
eh jap jap semalam aku baru dikejutkan berita ayah accident, ayah kata habis kereta kembara hancur dan sekarang ada kat bengkel, segala kos ditanggung oleh orang yang melanggar ayah. Aku bersyukur sebab ayah selamat dan ayah x juga x perlu nk tanggung kos itu...betul lah kata orang nyawa lagi penting dari benda.

ok..sekian (nanti kalau mood rajin datang balik, insyaAllah akan ku coretkan story mory yang terbaru)





Friday, November 9, 2012

Istimewanya raya haji tahun ini..alhamdulillah

26hb October 2012
raya haji tahun ini disambut meriah di kg halamanku di johor bahru. Aku dapat rasakan raya kali ini betul2 memberi kelainan dalam hidup aku. Antara sebab2 nya:
1. pakai baju kurung di pagi hari raya
-selalunya klu aku sambut raya haji hanya di rumah, pagi2 time org lelaki nk pergi solat aku, adik dan mak hanya berpakaian t-shirt sahaja, hanya kaum adam sahaja yang memakai baju lawa

2. beramai2 mengambil gambar di pagi raya dengan memakai baju lawa2 da ala ala raya aidilfitri pun ada
-kebiasaannya hanya hari raya aidilfitri sahaja kami sanak saudara beramai2 mengambil gambar bersama2 untuk dijadikan kenangan dan disimpan dalam album, tapi raya tahun ini berbeza kerana kami tetap mengambil gambar seakan-akan raya aidilfitri

3. berkunjung ke rumah adik beradik mak dan ayah
- ini pun pertama kali dalam hidup, apabila ayah membawa kami pergi berkunjung ke rumah kakak ayah. Disana kami disajikan dengan makanan yang banyak seperti ketupat, lemang, ayam masak kicap, udang samabal petai dan banyak lagi siap dapat bawa balik lagi..hihi

4. semua adik beradik mak pulang ke kg
-sebelum ini, bila raya haji memang xpernah semua sekali pun adik beradik mak pulang ke kg bersama2. Kalau ada pun mungkin keluarga aku sahaja yang balik, x pun keluarga adik mak yang balik senang kata x pernah balik sekaligus untuk merayakan raya haji.

5. Raya tanpa ciuman kasih sayang dari tok mak
-hampir sebulan tok mak meninggalkan kami, selama sebulan itu jugalah aku tidak lagi menerima ciuman di pipi oleh tok mak. Selalunya kalau keluarga kami x balik raya haji di kg, tok mak akan kol di pagi hari bertanyakan khabar, dan sekarang bila tok mak dah tiada baru aku dapat rasakan bagaimana perasaan tok mak menyambut raya haji tanpa anak dan cucu di rumah

6. Bergotong royong memasak dan mengemas
-pada awalnya keluarga aku dulu pulang ke kg. Ayah memberikan tugasan kepada aku untuk menolongnya mengamyam ketupat (tolong menyusahkan ada ar...hihi sampai sekaang x khatam kelas menganyam), then esoknya barulah keluarga adik beradik mak pulang dan bermulalah kerja menyembelih, menyiang, menggoreng dan seangkatannya. Dan bila petang ramai2 sepakat membersihkan halaman rumah atok. Ada yang memotong rumput, menebas lalang, meratakan tanah, menyapu dan ada juga yang melenakan diri dan membuat kotor (sepupu aku yg kecik sibuk main tanah then mandi guna air tempayan..huhu)

Antara sebab2 itulah yang aku katakan raya haji tahun ini memang berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Pernah juga aku try tanya kawan-kawan yang duduk di area kelantan dan terengganu mengenai pengalaman mereka beraya. Dan mereka kata di sana raya haji adalah lebih meriah dibandingkan dengan raya aidilfitri. dan kini aku telah alaminya....

keluarga saya

adik, kakak dan adik ipar mak

sempat melawat makam tok mak

Saturday, October 6, 2012

Pot Pet Pot Pet.....nak membebel sekejap!!

hari ini genap masuk 2 bulan aku study untuk semester 4. Alhamdulillah overall ok, pensyarah,kawan-kawan semuanya ok tapi mood nak study lebih serius mula semakin menurun, Aish x boleh jadi macam ini nanti keputusan exam pun boleh menurun.

Hari ini aku rasa nak membebel sekejap.Nak membebel pasal apa ya???hihi
aku nak membebel sesuatu yang aku rasa buat aku x puas hati tentang apa yang berlaku disekeliling aku.
dan aku harap apa yang aku tulis dalam blog ini bukanlah sikap aku, yelah kadang-kadang kita sedap je membebel rupa-rupanya diri kita pun macam itu. Dengan kata mudah "senang kita nak cari kesalahan orang lain, kesalahan diri sendiri x pernah nampak pun"

Antara topik-topik yang aku nak membebel:



1. Aku benci dengan orang yang membuang sampah merata-rata seperti botol dan tisu, ini benda2 yang selalu aku nampak orang buang. Setahu aku tong sampah dekat negara kita ini disediakan dalam kuantiti yang banyak seperti disediakan di hadapan setiap kelas, shopping mall dan banyak lagi la. Tapi kadang-kadang kita x jumpa tong sampah mungkin disebabkan tempat itu x sediakan ataupun sebab lain, Tapi itu x bermakna kita boleh buang sampah merata-rata atau selitkan sampah itu dikerusi atau dicelah sesuatu yang orang x boleh nak lihat, simpanlah dulu sampah itu bila sudah jumpa tong sampah barulah boleh buang.

2. Aku tidak suka dengan orang yang suka mengunakan perkataan yang kurang enak didengar nak mudah faham ni spesies yang suka mengunakan perkataan mencarut. Seingat aku dulu masa aku kecik time aku sekolah tadika abang aku ada mengajar bercakap benda2 yang mencarut ni seperti b***h, b**i dan banyak lagi tapi bila mak tahu aku mengeluarkan perkataan seperti itu mak terus ke dapur mengambil cili merah lalu mengonyoh cili itu ke dalam mulut abang dan aku. Uisyh pedih x terkata, mak kata kalau cakap lagi mak bagi upgrade kan cili padi pula, hihi. Mungkin sebab itulah aku dah x berani nak mengeluarkan kata2 seperti itu sehingga sekarang. Kadang2 bila kita mengatakan kata kesat seperti itu, itu dah dikira kita mendoakan orang itu misalnya kau ni b***h lah, b***h lah kita nanti. Jadi lebih manis kita mengeluarkan kata2 yang baik dan sedap didengar x kisahlah samaada dalam berkata atau penulisan.

3. Aku tidak minat dengan orang yang tidak menghargai hak milik kita. Bagi aku jika kita memberikan hak milik kita itu bermakna kita sudi untuk berkongsi bersama dia. Dengan itu kita mengharapkan dia dapat menjaga hak milik kita itu dengan baik bukan sebaliknya.

4. Aku tidak suka dengan orang yang tidak "alert" dengan keadaan sekeliling. Bagi aku "alert" bermaksud  memahami apa yang berlaku di hadapan kita. Misalnya A  menunjukkan muka masam disebabkan rasa x puas hati terhadap B kerana terpaksa menunggu lama, tapi B boleh buat selamba seolah-olah langsung tidak rasa bersalah. Aku paling anti dengan orang yang bersikap begini.

5. Aku kurang minat dengan orang yang x mahu memberi sokongan atau participant dalam sesuatu majlis tidak kiralah sama ada majlis itu kita sendiri organize atau sebaliknya. Bagi aku sokongan adalah penting daripada kita sendiri x kisahlah jika majlis itu membosankan pun. Sekurang2 nya kita perlu menunjukkan sesuatu yang baik dengan menghadirkan diri atau pun involve dalam aktiviti yang diberi. Tetapi jika dia mempunyai alasan tertentu yang bagi aku munasabah, itu xpelah nak buat macam mana memang ada perkara yang x boleh nak elakkan.

6. Aku paling anti dengan orang yang lokek ilmu. Ini kemungkinan terjadi disebabkan 2 keadaan. Pertama dia lokek disebabkan dia rasa kita sendiri yang malas nak usaha sendiri. Kedua dia lokek sebab takut ilmu yang dia ada akan berkurangan kerana berkongsi ilmu dengan orang lain. Bagi aku berkongsi ilmu adalah 1 perkara yang amat terpuji kerana dia sudi untuk memberikan pertolongan kepada kita apabila kita kurang memahami dalam sesuatu perkara. Tetapi kita ini jangan lah pula mengambil kesempatan dengan perkara terpuji yang dia lakukan itu seperti meniru assignment ke..oh no no tolonglah jangan mempergunakan orang yang telah buat baik kepada kita.

7. Aku tidak suka dengan orang yang suka potong "que". Ini selalu terjadi, sedap2 je potong line orang x kisahlah dia kawan kita ke. Ini banyak kali terjadi, rasa membahang je kepala ni seolah2 ada api yang sedang marak dalam kepala ini bila melihat dia memotong que. Tolonglah elakkan daripada bersikap begini, awak dah lambat beratur belakang la, xperlu nak menyelit dekat kawan yang duduk barisan hadapan.

8. Aku benci dengan orang yang x punctual. Kalau kita kata 2.30 dia boleh buat kita tertunggu selama 30 minit. Kadang2 aku terfikir dia x rasa bersalah ke buat orang tertunggu. Aku memang pelik dengan manusia seperti ini. Inilah dikatakan "janji melayu"

Jadi itulah di antara golongan2 yang mempunyai sikap yang aku tidak suka untuk berdamping. Aku tahu kadang-kadang kita x perasan kita bersikap seperti itu kerana kita lupa seolah-olah kita hidup di dunia sendiri, disebabkan itulah kita kena betulkan perspektif kita kerana kita hidup di dunia ini dikelilingi dengan banyak perkara.

aku berdoa: Ya Allah jauhkanlah aku dari bersikap sedemikian kerana ini akan membuatkan orang benci untuk berada di samping kita, jika aku alpa kau luruskan lah semula dengan sirami sikap2 yang terpuji dalam diri ini..

sekian