Sunday, March 3, 2013

menakjubkan.......segala-galanya mampu berlaku

ahad, 3 march 2013 jam 10.41pm...
ok mood nak coret kan sesuatu di dalam blog dah datang..hihi

assalamualaikum kawan-kawan, harap semuanya sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah seperti aku sendiriAllah telah mengurniakan kesihatan yang baik memandangkan esok bermula lah sesi kuliah semester ke 5. Waaaa lihatlah sekarang aku sudah berada di sem 5, super senior tu jangan main-main..haha 
dah mula la tu nak tunjuk kuasa senior yang aku ada..macam hebat sangat je bunyi nya tu. Huhu minta-minta dijauhkan, da menhjadi senior bukan bermaksud da boleh tunjuk tembelang. Ingat itu ya!!!

Esok seawal 8 pagi kelas aku akan bermula hingga lah pada pukul 4.50 pm. Tapi aku percaya seperti biasa minggu awal kuliah mesti pensyarah akan keluarkan kami awal. Jadi minggu ini belum lagi sesi memenatkan.

semester baru ini banyak memberi kelainan dalam hidup aku, yelah aku x drive kete ke kuliah lagi dah. Aku akan tumpang kete teman serumah aku. Actually niat hati memang nak bawa je kete macam sem-sem lepas tapi aku x boleh pentingkan diri. Semester baru ini aku berazam mahu berjimat seboleh mana yg mampu aku lakukan. dengan menaiki kete teman aku, aku hanya perlu membayar minyak dgn cara 'tong-tong' =share dengan rakan lain. Dengan cara itu aku mampu mengurangkan beban ayah dan famili ku.

lagipun jika aku bawa kete myvi ke kuliah, ia akan menjadi masalah kepada ayah, mak dan abg sebabnya kete famili ku volvo dan kembara telah dijual. Ini kerana kete kembara hancur dan x mampu dibaiki kerana gara2 accident aritu, jadi ayah hanya mengambil insurans dan manakala volvo pula da banyak kali rosak, jadi ayah mengambil kata putus untuk jual, Jadi dengan duit yang ada insyaallah minggu depan famili aku akan memakai kete baru, Alhamdulillah.

ok kita cerita pasal perjalanan aku daripada hari jumaat 2 hari lepas sampailah hari ini.
Jumaat lepas aku telah teman mak menghantar bibik baru ke rumah tok abah. Seawal jam 9am aku drive ke merlimau, melaka dimana terletaknya rumah sewa adik aku, then kete myvi ku diletakkan di situ kemudian kami menaiki kete makcik ku pula terus ke Johor sebab kebetulah mak cik aku ada kursus di melaka. Jadi nak jimat minyak dan tol balik kg, kami bawa 1 kete je.

Sampai je di kg, aku bersalaman dgn atok abah. Alhamdulillah atuk sihat cuma sakit biasa-biasa je lah. Setiap kali balik kg, aku pasti akan menitiskan air mata teringatkan tok mak kerana terlalu banyak memori yang ada di kg ku itu. 

dan pada hari ahad sebelum kami pulang semula ke KL, aku bersama mak dan makcik ku melawat makam tok mak. Aku excited sangat nak jumpa tok mak, yelah sebab makam tok mak dah dicantikkan dan dihiaskan dgn adanya batu marmar dri laut dan rumput carpet. Tibanya aku di tanah perkuburan aku mengatakan Yaallah indah sungguh makam tok mak, aku sempat membawa bunga2 yang ditanam oleh tok mak sendiri lalu aku tabur di atas makamnya.. cantik sangat dan indah dengan pelbagai warna bunga.

Dan pada jam 3pm pulang lah kami ke KL semula, Hari ini pula aku drive pula ke perak mana lagi u aku lah..huhu...itu lah dia perkara yang aku lakukan mulai hari jumaat sehinggalah hari ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, dalam masa 3 hari aku mampu melakukan beberapa tugasan sangat puas hati.




No comments:

Post a Comment