Saturday, September 29, 2012

Suka-suka di Cmeron Highlands.

2 minggu lepas aku bersama rakan serumah pergi ke Cameron Highlands. Kami bertolak pukul 9 daripada rumah dan menuju ke Ipoh untuk shopping dulu, then lebih kurang pkul 12 barulah kereta kami mendaiki bukit Cameron Highlands.

Actually kami dah plan ke Cameron dari sem lepas lagi, tapi disebabkan tiada masa dan dipenuhi dengan assignment terpaksalah kami batalkan niat itu. Jadi memandangkan aku membawa kereta myvi auto, aku rasa inilah peluang terbaik sebabnya kalau aku bawa kereta yang aku gunakan sebelum ini Kembara manual mesti semput nak naik bukit Cameron hihi.

Pkul 4 macam itu kami sampai ke pekan Brinchang, sesak sangat masa itu yelah hari isnin itu pun cuti Hari Malaysia mungkin disebabkan iu orang ramai mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga. Selepas aku park kereta di pekan Brinchang, kami semua berhempas pulas mencari hotel atau homestay untuk menginap malam itu. Memang berani bak kata salah seorang guide tourist sebab kami pakai redah tanpa booking mana2 hotel dulu. Sebab itu kami round hampir 5 kali kowt untuk cari hotel dan akhirnya pukul 5.30pm macam itu kami dapat sewa bilik di 1 homestay ini betul2 berhadapan dengan shell..Apa ntah nama homestay ini, aku pun da lupa..huhu.

Selepas solat asar dan jamak sekali dgn zohor, kami keluar ke Pekan brinchang untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Dekat pasar brinchang macam2 ada, makanan dia pun sedap2 cuma kena telan pahit sikitlah sebabnya harga dia yang agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan pasar malam yang selalu kita pergi. Bila badan pun dah kesejukan segala makanan panas yang ada dihadapan mata menjadikan kami rasa nak beli semuanya je...hihi. Kami share2 duit beli satay, sotong dan cendawan goreng. Kami beli dan terus makan kat hadapan gerai itu, masa itu aku rasa macam ada ala2 gaya Jalan2 cari makan reality show tv 3 tu pun ada hihi.

Disana juga kami ada melawat Tanah Rata, Ladang teh Boh, Taman rama-rama dan juga Kaktus. Actually kami merancang ke Cameron hanya 2 hari 1 malam ja tapi disebabkan hari ke 2 itu kami leka berjalan di pekan Brinchang smapailah tidak sedar hari dah senja, aku jadi x berani untuk turun bukit cameron yelah dengan kabus yang tebal dan berkumungkinan hari akan hujan. Jadi aku dan member aku bersepakat untuk tido sehari lagi di Cameron tapi kami x menginap dimana2 hotel pun just tido dalam kereta sahaja..huhu. Memang agak takut lah juga malam itu tapi aku try park kereta di hadapan kedai 24 jam sebab kat situ ramai orang jadi rasa agak selamat sikit.

Dan bila keesokannya kami pun pulang. Dalam pukul 12 tengahari aku turun bukit cameron.

p/s:hampir kena saman speed trap  on d way turun bukit cameron tapi alhamdulillah kami terlepas. hanya 2 kereta dihadapan kami ditahan oleh polis.

Jom kita lihat gambar2 kenangan saya dan rakan2 sewaktu di Cameron Highlands:



Bosan jamm dari tanah rata ke Pekan Brinchang

Di taman pokok kaktus

Ladang Strawberry

Sebelum bertolak kena posing dulu

Kami di Tanah Rata

Syok sangat

Makan malam di restoran. Tunggu makanan sampai hampir 1/2 jam ramai sangat pelancong

Pagi hari di homestay tempat penginapan kami

Di taman bunga

Inilah kami dan seorang lagi photographer pic ini.

Happy Belated Birthday to me....

hadiah 1:
tengah duduk kemas rak almari baju aku yang bersepah ni, tiba-tiba aku terlihat ada bungkusan hadiah berwarna pink2 maroon. Aku tertanya2 aik siapa punya pula ni...ada kad ucapan la..aku baca tapi tiada nama pengirim dan untuk siapa. Lalu aku tanya tika a.k.a kawan sebilik....tahu x ni siapa punya..dia kata tu umul punya la daripada dia...hihi.. Kawan sebilik aku bagi hadiah untuk belated birthday aku..Aku buka bungkusan hadiah dan aku lihat ada earphone...hoorayyy!!!tq banyak2 tika coz daripada dulu lagi aku nk cari earphone tapi x cari2 juga...akhirnya ada juga orang yang memberi hadiah earphone. Akan aku gunakan sebaik mungkin.

                 inilah dia earphone yg aku katakan, warna biru lagi itu a.k.a warna kegemaran tika


Hadiah 2:
tengah aku duduk jadual buku untuk kelas esoknya datanglah azreen a.k.a teman serumah. Dia bagi kad ucapan dan juga hadiah. Kad ucapan dia ada lukis kucing comel yang menjadi trade mark dia. Eh dalam kad tu juga ada hadiah brooch...cantik sangat. Akan aku sematkan setiap kali aku memakai tudung untuk ke kelas nanti. terima kasih kawan

tengok itu ada lukisan kucing comel kan..


terima kasih kawan2 atas segala ucapan dan hadiah yang diberi. Walaupun hari jadi aku sudah lama berlalu, tapi kawan2 masih ingat lagi. Akan aku hargai segala2 kenangan ini. 


Friday, September 28, 2012

Kasih Sayang Yang Tiada Tandingan

Hari ini genap seminggu pemergian tok mak. Sekejap betul masa berlalu kerana seingat aku baru sahaja hari itu aku melihat tok mak ku terbaring kaku diatas tilam. Ya aku tahu kita sebagai umat islam perlu redha dengan segala ketentuan yang diberi, tetapi untuk menerimanya itu bagaikan susah untuk aku lakukan.

Tok mak adalah seorang nenek yang begitu baik kepada anak2, menantu dan juga cucunya. Kasih sayang yang diberi terserlah apabila kita betul2 mengenalinya. Selama 21 tahun aku mengenalinya, aku dapat rasakan aku begitu bertuah mendapat seorang nenek yang sangat menyayangi cucu2 nya. Dia pernah marah jika cucu nya tidak patuh pada ajaran tuhan, Ibu bapa dan orang lain.

Seingat aku, pada usia aku 12 tahun tok mak pernah menasihati aku bahawa Allah nampak segala2 nya yang kita lakukan di dunia termasuk ponteng solat sebab masa itu aku dan adik perempuan ku try untuk pura2 solat dan akhirnya kantoi apabila abang melaporkan perbuatan aku kepada ayah yang kebetulan sedang berbual dengan tok mak. Aku ingat segala2 kata-katanya dan akan aku turunkan kata2 ini kepada anak dan cucu cicit ku nanti.

Terakhir aku jumpa tok mak di majlis perkahwinan sepupu aku di Batu Pahat. Pada masa itu aku melihat tok mak kurang bercakap mungkin kepenatan. Tok mak memakai baju warna hijau turcoise dan disesuaikan dengan tudung Fareeda. Walaupun tok mak sudah berusia tetapi tetap kelihatan anggun. Tok mak juga seorang yang suka berdandan jadi cucu2 nya ini x pelik jika melihat peninggalan arwah berbentuk keronsang, cincin, batu pertama, gelang, rantai dan seumpamanya. 

Kalau lah aku tahu, tok mak akan meninggalkan kami pada masa terdekat ini. Sudah tentu akan aku luangkan masa bersamanya dengan makan. tidur sebantal dengannya dan x lupa menonton gerak khas tv2 bersamanya kerana ini adalah rancangan kegemaran yang xkan tok mak lepas untuk menontonnya.

Namun segala2 nya sudah tiada, yang hidup perlu teruskan kehidupan, yang mati dan pulang kepada penciptanya akan pergi selama2nya.

Tok mak kasih sayang yang kau berikan kepada cucumu ini xkan sesekali aku lupakan, walaupun aku rindu dengan belaian kasih sayang mu bersertakan nasihat berguna yang diberi akan aku simpan rapat2 dalam hati.

Aku sebagai cucu mu ini akan sentiasa berdoa untukmu di sana. Semoga kita akan berjumpa lagi di alam barzakh kelak.

Al-fatihah...................

Wednesday, September 26, 2012

Pemergian mu...

19th september 2012:
aku mendapat panggilan daripada sepupu aku memberitahu keadaan tok mak yg berada di hospital. Secara jujurnya aku tidak tahu langsung tok mak ku telah dimasukkan ke hospital, lalu aku terus call mak dn mak mengatakan tok mak akan menjalani operation usus pada malam itu.

20th septmber 2012: (10am)
di kelas HRD, aku mendapat panggilan daripada mak mengatakan jantung tok mak semakin kritikal. Dengan segera aku mengambil keputusan pulang ke kg johor bersama sepupu aku dengan menaiki kereta yg dibawa oleh rakan pkcik ku.

20th september 2012: (10pm-6am)
perjalanan mengambil masa hampir 8 jam kerana driver byk berhenti di perhentian kerana ngantuk. Di dalam kereta aku dan 2 org sepupu aku hanya bercerita kosong dn kadang2 mengenai tok mak ku...aku dn sepupu memang sengaja melarikan diri daripada mencerita topik mengenai tok mak kerana kami semua xnak sedih dan mengharapkan dengan kepulangan cucunya ini, dia semakin bertambah sihat.

21st september2012: (6am)
sampai je Batu Pahat aku terus ke hospital, kami meminta izin untuk naik ke wad melihat tok mak, selepas mendapat kebenaran dengan syarat bergilir2 secara 2 org lalu terus aku naik ke atas. Terasa seperti hendak pengsan apabila melihat tok mak yg bukan seperti tok mak yang selalu aku lihat. Wajah dan badannya yang agak berisi dan dipenuhi dengan tiub2. Matanya terbuka dan kadang2 berkedip2, aku bertanya dgn makcik ku yg menjaga tok mak pada malam itu "maksu, tokmak nampak kami ke x?" mak su kata "matanya sahaja yg terbuka,tapi tidak sedar".

Tiba2  tangan tok mak bergerak seperti sedar dengan kehadiran aku dan sepupu aku, lalu aku terus mencium tangannya. Aku percaya tok mak tahu kami cucu dia datang menjenguknya. Tok mak juga seperti hendak seperti bercakap dengan kami apabila aku mendengar suara di kerongkong nya. Selepas 10 minit aku disitu, aku meminta izin untuk turun bagi memberi peluang kepada sepupu aku yg sorang lagi untuk melihat tok mak. Selepas itu aku terus pulang ke rumah makcik ku untuk tidur.

21st september 2012:
(12.15 tghari)
aku sedar daripada tidur apabila ayah mengatakan nak bawa kami jumpa tok mak. Pada masa itu aku sering melihat jam, jam dibilik air, di dapur, jam tangan, hp aku pun xtahu kenapa setiap jarum jam yg berdetik itu akan aku lihat.

(12.50 tghari)
sampai di hospital aku keluar daripada kereta untuk pergi ke wad tok mak. Tiba2 ayah kata "kak tok mak da xde". YaAllah pada masa itu bertapa menginggil je badan aku untuk menerimanya. Tapi aku terus langkah ku menuju wad tok mak. Aku melihat makcik,pkcik dan sepupu aku mengalirkan air mata.....aku mencium tok mak..

(4.30pm)
jenazah tok mak dibawa ke rumah rengit johor, sebelum disembahyangkan kami cucunya mencium pipinya. Aku dapat rasakan kesejukan di pipinya.

(5.45pm)
di Tanah kubur kelihatan ramai orang, aku tidak sempat melihat tok mak dimasukkan ke liang lahad atas sebab lewat ke tanah kubur, apabila talkin dibacakan aku dapat rasakan betapa sebu nya hati dn air mata ni walaupun aku tahu tidak elok kita menangis di tanah kubur.

Tuesday, September 18, 2012

Lembaran Baru......

18th September 2012.
assalamualaikum pembuka bicara..
niat di hati ingin bercerita kepada pembaca tentang kisah kehidupan aku pada semester baru ini.

Hari ini sudah seminggu 2 hari aku pulang semula ke rumah sewa ku di Perak. Ahad minggu lepas aku bertolak dari rumah pukul 3pm dan sampai ke perak pukul 6.50pm. Aku pulang seperti kebiasaan seorang diri yelah xde teman nk buat macam mana..memang betul bila fikir balik memang mak & ayah perlu risau sebab akukan perempuan, kurang selamat bila drive sendiri...tapi nk buat macam mana kan..xde kawan yg nak tumpang so baliklah sendiri. Tapi hari itu wk2 aku on d way balik memang agak menakutkan bila ada geng lelaki bawa kereta myvi buka tingkap senyum2 kambing kat aku, mula2 aku ingat maybe dia nk tahu siapa pemilik myvi club ini sebab aku balik bawa kereta myvi abg aku...n kat mirror belakang kete ni ada sticker myvi club so maybe dia tertarik dgn club2 mcmni...Tapiiiiiii...sangkaan aku meleset bila dia mula mengekori aku dari belakang dan bila aku potong kete dia.dia potong balik kete aku...kejadian ni berakhir smpailah aku berhenti sebentar di RnR Tapah..fuhhh lega nafas aku!!Selamat..

Itu cerita pasal on dway blik perak, sekarang nak cerita pasal semester baru sem 4 di UiTM. Alhamdulillah dah 2 tahun aku belajar di sini sekejap betul rasanya da masuk sem 4. Kelas dan kawan2 seperti sem lepas masih sama..Ok la tu kan, syukur xde yg extent....minggu pertama masuk sem seperti biasa xde lah byk sgat kelas kalau ada pun msuk sekejap pensyarah nk berkenalan then balik, memang indah minggu pertama di semester baru. Semester ini jadual agak pack dn masa betul2 x bersesuaian, yelah cuba lihat jadual aku pukul 12-2 ada kelas then 2.15-4 ada kelas lain pulak..mana time nk solat and lunch kan?? so memang aku harap sgat jadual ini akan berubah. Pensyarah semuanya ok cuma agak garang la ckit dibandingkan sem2 lepas, sebabnya penyarah2 untuk sem ini semuanya ada jawatan besar dlm bidang kos yang aku ambil.so xpelah redha je mana tau pensyaranh yg garang inilah yang akan ajar kita lebih dedicated...insyaallah.....