Monday, July 9, 2012

Inilah cerita penghujungnya

akhirnya masa, tarikh yang ditunggu-tunggu telah tiba..

hari ini 10 julai 2012, aku akan balik ke sepang..cuti panjang sampai seminggu lepas raya..
hooray!!!! selama 6 bulan bersamaan 1 sem minda dan otak digunakan dan sekarang masa untuk ia berehat plak...hihi

aku bertolak lepas zohor..insyaallah!!!
sem ni aku drive sorang-sorang tanpa teman..klu sem lepas adik aku temankan..huhu
xpe insyaallah semuanya ok..dan aku harap jangan jadi kejadian seperti sem dulu..huhu
memang tragis klu nak diceritakan balik...tapi aku nk cerita juga hihi..

camni ceritanya,,,aku berhenti kat R&R nilai..untuk pergi toilet dan lunch, dan lepas makan aku pun nk teruskan perjalanan lah...tapii!!!!!kete aku x boleh start plak..adoi memang takut bercampur dengan risau yelah..masa tu awal pagi coz aku bertolak lepas subuh so aku smpai kat perhentian tu pun dalam pukul 10am macam tu...

Aku x kol parents aku sebab takut dieorang risau, jadi aku pun buat muka tebal mintak tolong orang. Aku nampak sorang lelaki lalu belakang kete dan trus mintak tolong kat die....nasib baik dia nak tolong aku sebab susah nak mintak tolong orang masa itu dengan keadaan hujan+ agak lenggang gn manusia.

Dia check kete aku, aku nampak boleh tahan terer dia ni sebab dia boleh tau semua enjin, wayar, kabel dalam kete tu..yelah pemandu lori xkan x tau pulak basic je bagi dieroang
dan akhirnya jalan pensyelesaian dia minta tolong kawan die sekali...tolak kete..ooopppppppsss!!bukan kawan die ya tolak kete aku dan die tolak keta dan member die tlong hidupkan suis dalam kete...dan akhirnya berjaya dihidupkan tapi kata die aku kena pastikan enjin kete x mati sebab nnty x boleh nak start balik..so aku pun drive dengan sentiasa menjaga clash dan minyak  terus smpai ke rumah.

Akhirnya I'm Home...tapi tu cerita sem lepas..

dan sem ini...aku harap x jadi macam dulu lagi...sebb aku sorangkan..dan klu aku rasa mcm nk g toilet aku akan pertimbangkan sbb aku takut bila tutup suis enjin nak buka on balik x hidup..huhu jangan mimpi ngeri aku nnti, lagi sanggup aku tahan daripada g toilet..

akhir cerita..bye bye..!!!Selamat Bercuti dan selamat berpuasa..

Friday, July 6, 2012

Mesti boleh punya...win-win method

Kalau dia boleh lakukan kenapa aku tidak??

setiap manusia dilahirkan dengan kebolehan masing-masing dan jika kita ingin jadi seperti dia, kena berusaha lebih sedikitlah untuk mencapai kejayaan seperti dia.

sikap iri hati sering ada dalam diri, macam menghasut jugalah ni....mengatakan yang aku perlu berlawan dengan dia secara win-lose maksudnya aku akan happy kalau dia gagal dan aku akan meraih kegembiraan dengan sendiri jika aku yang menang.

isyyhhhhhhhh!!!!!tolong lah elakkan aku daripada sikap begini...ini semuanya hasutan syaitan yang nak melihat umat nabi Muhammad hancur dengan menyimpan dendam.

kalau aku nak berjaya pun aku perlu mengamalkan kaedah win-win, maksudnya aku jadikan ia satu batu aras untuk aku mencapai kejayaan.

kalau dia berjaya aku pun boleh berjaya bersama-sama dengan dia..

                       
                 

fuhhhhhhhh.......lega

setiap nafas yang ku lepaskan ke ruang angkasa memberikan aku keinsafasan dan kesyukuran kepada Allah maha esa kerana memberikan aku lagi peluang untuk hidup di bumi ini.

hari ini 6 july 2012...
angin petang sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi kegirangan di hati kerana hari ini aku telah berjaya menjawab 1 paper dan hanya tinggal 1 paper je lagi iaitu pada hari isnin ni...

alhamdulillah segalanya "ok" dan ku harapkan markah dan grednya juga mestilah lagi "ok"..hihi