Friday, November 9, 2012

Istimewanya raya haji tahun ini..alhamdulillah

26hb October 2012
raya haji tahun ini disambut meriah di kg halamanku di johor bahru. Aku dapat rasakan raya kali ini betul2 memberi kelainan dalam hidup aku. Antara sebab2 nya:
1. pakai baju kurung di pagi hari raya
-selalunya klu aku sambut raya haji hanya di rumah, pagi2 time org lelaki nk pergi solat aku, adik dan mak hanya berpakaian t-shirt sahaja, hanya kaum adam sahaja yang memakai baju lawa

2. beramai2 mengambil gambar di pagi raya dengan memakai baju lawa2 da ala ala raya aidilfitri pun ada
-kebiasaannya hanya hari raya aidilfitri sahaja kami sanak saudara beramai2 mengambil gambar bersama2 untuk dijadikan kenangan dan disimpan dalam album, tapi raya tahun ini berbeza kerana kami tetap mengambil gambar seakan-akan raya aidilfitri

3. berkunjung ke rumah adik beradik mak dan ayah
- ini pun pertama kali dalam hidup, apabila ayah membawa kami pergi berkunjung ke rumah kakak ayah. Disana kami disajikan dengan makanan yang banyak seperti ketupat, lemang, ayam masak kicap, udang samabal petai dan banyak lagi siap dapat bawa balik lagi..hihi

4. semua adik beradik mak pulang ke kg
-sebelum ini, bila raya haji memang xpernah semua sekali pun adik beradik mak pulang ke kg bersama2. Kalau ada pun mungkin keluarga aku sahaja yang balik, x pun keluarga adik mak yang balik senang kata x pernah balik sekaligus untuk merayakan raya haji.

5. Raya tanpa ciuman kasih sayang dari tok mak
-hampir sebulan tok mak meninggalkan kami, selama sebulan itu jugalah aku tidak lagi menerima ciuman di pipi oleh tok mak. Selalunya kalau keluarga kami x balik raya haji di kg, tok mak akan kol di pagi hari bertanyakan khabar, dan sekarang bila tok mak dah tiada baru aku dapat rasakan bagaimana perasaan tok mak menyambut raya haji tanpa anak dan cucu di rumah

6. Bergotong royong memasak dan mengemas
-pada awalnya keluarga aku dulu pulang ke kg. Ayah memberikan tugasan kepada aku untuk menolongnya mengamyam ketupat (tolong menyusahkan ada ar...hihi sampai sekaang x khatam kelas menganyam), then esoknya barulah keluarga adik beradik mak pulang dan bermulalah kerja menyembelih, menyiang, menggoreng dan seangkatannya. Dan bila petang ramai2 sepakat membersihkan halaman rumah atok. Ada yang memotong rumput, menebas lalang, meratakan tanah, menyapu dan ada juga yang melenakan diri dan membuat kotor (sepupu aku yg kecik sibuk main tanah then mandi guna air tempayan..huhu)

Antara sebab2 itulah yang aku katakan raya haji tahun ini memang berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Pernah juga aku try tanya kawan-kawan yang duduk di area kelantan dan terengganu mengenai pengalaman mereka beraya. Dan mereka kata di sana raya haji adalah lebih meriah dibandingkan dengan raya aidilfitri. dan kini aku telah alaminya....

keluarga saya

adik, kakak dan adik ipar mak

sempat melawat makam tok mak