Sunday, May 1, 2011

eh..!!!!siapa kte cukup

Siapa yang kata ckup???mne ckup wehhhhhhhhh!!
haha..apa yg x cukup...makanan


Hihi..itulah aku...mne cukup klu pergi restaurant order mknan 1 je menu..msti nk lebih x pun 1 lagi order untuk bwa blik....
Tengok je bdan aku kurus melidi tapi selera x pdan dengan tahap badan...huhu....ntah aku pun x tau ar..aku da mkn byk dah..mcm2 aku mkn cntohnya nasi goreng daging merah tmbah lagi dengan kuew tiow goreng basah untuk bawa blik sekali...tpi still badan x gemuk2...aku nk lah juga berisi ckit..bru ar nmpak chubby ada isi x lah kurus melidi je...bak kata abg aku kurus mcm lidi.... huhu

Selera aku akan naik klu aku berjauhan dengan family aku...tpi klu dekat dgn keluarga selera 2 berkurang. Klu duk umah mc2 mknan ada kat umah..tpi aku x sentuh pun coz rse perut x lapar pun...

mgkin tahap selera aku akan tinggi klu aku tension!!

Saturday, April 30, 2011

SaKiTnYa HatI!!!!!!!!!!

Tergugat keimanan dan kesabaran saya kalau perkara ini sering terjadi, senang kata mmg sakit hati ar!!!


Begini ceritanya....
saya begitu pelik dengan segelintir manusia yang mempunyai sikap suka mengendahkan apa yang org cakap.
Lebih kurang cmni ar..situasinya

Qila: Mia ko da makan ke belum??
Mia: ????(tanpa jawapan)(sedang melakukan sesuatu seperti mlayan fb/laptop)
Qila: Mia ko da makan ke belum???
Mia: ??????(masih belum ada jawapan)
Qila: Mia........ko da mkn ke belum???
Mia: ergh......o.da( jawap mcm x nk jawap)

Sakit hati x??klu perkara ini terjadi kat korang sume......
Klu sekali its ok aku masih terima klu da byk kali jadi tension ar ada sahabat yg sikap mcm ni....bkannya sorang rakan ni je...dulu pun ada kwan cmni jge....klu tye susah sgat nk jawab....tapi situasi ini berlaku klu dieorg ini sedang mngfokuskan sesuatu seperti mendengar lagu, cerita, fb.....klu dieorg ini fokus kat buku ilmiah ok lah jge...msih terima ar klu aku tye dieorg x jawab...mmg aku yang kacau dieorg...


Aku bukannya apa cme mintak dieorg jwab soalan aku mcm dah,belum,ya,x...Bukan susah pun!!!
Tolong ar bgi respons yang baik klu org bertanya bukan kat aku sorang je...dengan org lain coz aku cme takut 1 hari nnty ko akan terima balasannya cntohnya org nk interview ko..tpi ko jwab smbil lewa...sudah tentu sakit hati die n ko pun x dpt kje....bru pdan muka ko!!!!!!!!!!!!!

Aku pun bukan apa....takut jge klu aku sendiri bersikap mcm2 tpi rsenya InsyaAllah aku x bersikap cmni...klu ade org yg tye soklan kat aku, akan aku jawab sebaiknya n klu misalnya aku sibuk or tgh borak dgn org lain mcm org lain tye soklan kat aku..aku akan bagi signal kepada dia tanda sebentar....

Cuma nasihat aku untuk org yg ada sikap cmni...tolong ar buang sikap anda yg mampu memberikn kemarahan pda org...yelah byangkan jelah sendiri skali tye x jwab msih ok (Mybe die x dengar)....2 kali x jwab (mgkin dia konfius), 3 kali x jawab (dah rse berapi kowt kepala ni), 4 kali x jwab (pekak kowt)..huhu....

Sunday, April 10, 2011

gatal sungguh tangan aku ni.........

aku pun xtau kenapa gatal sgat tangan ini nk buka facebook, blog and anything mngenai dia..........
aku sering kali mengikuti perkembangan dia setiap masa, sedangkan aku dan dia tidaklah begitu mengenali antara satu sama lain. Tempoh perkenalan aku dan dia hanyalah singkat setahun waktu ting 3, ntah aku pun x berapa ingat kenangan persahabatan aku dan dia....

Waktu sem 3 aku mula mnghubungi dia semula apabila dia add aku d facebook, dari situ aku tidak jemu mengambil tahu tentang perkembangan si dia...aku btul2 pelik dengan sikap aku ini...suka amik tau hal org sedangkan dia x pun tau amik tau tntg aku pun..huhu......

sekarang lagi pelik...........bila aku dpt tau dia bru kaple last tahun 2010....aku suka plak fb girlfriend dia plak...aish ape psal dengan aku ini...cemburu ke???aish umul ko kne sedar dia x sedar pun kewujudan ko.........

Aku selalu ckp dengan diri aku sendiri...plisz umul u must stop???but until now..msih dengan sikap ini..........
aku sering kali berangan untuk berjumpa dengan dia sekali lagi....samaada secara sengaja mybe reunion atau x sengaja mybe jumpa d shopping mall....hehe.............

Thursday, March 10, 2011

o............akaun.

Sepanjang aku hidup selama 20 tahun ni, baru aku perasan aku & subjek akaun mmpunyai byk keserasian. Aku mula belajar subjek ini sewaktu tingkatan 4 lagi di Sek Men Teknik Sepang, dimana aku dwajibkan untuk mngambil kos ini sbagai subjek teras. So dengan keadaan terpaksa aku belajar subjek ini tanpa kerelaan aku..huhu...memang aku langsung x minat dengan subjek ini, kalau boleh nak je aku skip subjek ini. Tapi dsebabkan aku dapat tawaran dalam kos ini, aku gagahkan diri ini untuk mendalami subjek ini.

Mula2 aku pelajari subjek ini, satu benda pun aku x faham. Banyak persoalan yg muncul diminda aku, kenapa mesti ada debit & kredit, ape pasal lak item ni msuk debit n yg lgi 1 tu msuk kredit???huhu.Memang banyaklah yang aku fikirkan naik menyampah aku dengan subjek ini. Sebab yang lain pula, cikgu yang mengajar subjek ini begitu lembut, dari segi sikap dia, termasuklah suara dia yang dapat aku dengar sayup2 je. Yelah tempat duduk aku kat belakang mne nk dengar cikgu cakap slow sgat. Apa lagi kalau dah x dengar, mulalah hilang tumpuan. Startlah wat projek tahi mata bersama kawan2 lain. Cikgu dihadapan mengajar, aku & kawan aku enak dibuai mimpi. Memang teruk tul sikap aku masa 2, cikgu beriya2 lah  terangkan, aku wat smbil lewa je..jgn tiru ye kwan2 aksi ini..

So, bila dah dekat dengan tarikh exam (SPM) mulalah cuak, sibuk tanya kwan,cikgu n beli byk2 buku rujukan & buku latihan.2 lah padahnya dulu sambil lewa je dengan subjek ini skrang terimalah hukumannya. Tapi aku bernasib baik sebab sekurang2 nya aku sempat untuk sedar. Startlah penuh kertas ledger kat dlm fail and beg aku dengan latihan2 akaun. Lama-kelamaan aku mula faham sedikit demi sedikit, betullah cakap orang "cuba dulu, barulah tahu boleh ke tidak". So bila tibanya SPM, subjek akaun adalah subjek paling last sekali. Memang cuak ar, x pasti balance ke x atau sempat ke x nnti....redha jelah. Alhamdulillah, aku dpat balance kan akaun, so apa lagi gembira lah hati aku ini n bangga sangat2. Aku ingat lagi wk2 aku amik exam subjek ni aku duduk disebelah budak Kejuruteraan Awam, dia tgok je maybe nmpak cahaya kegembiraan dimuka aku..hehe. Selepas beberapa bulan result SPM keluar, alhamdulillah aku dpt 2A.

Aku ingat hubungan aku dgn subjek akaun berhenti dsitu je, rupanya tidak aku kena amik subjek ini balik sewaktu amik diploma bisnes study. Perasaan aku masa 2 terkejut jge coz x sangka kena belajar balik tapi xpe kali ini aku dah ade rse keyakinan terhadap subjek ini. Aku suka sangat dengan lecturer yg mngajar subjek ini En Mokhtar. Disebabkan aku ade basic dlm subjek ini, aku mampu untuk mmbantu rakan2 aku yang lain untuk dlm subjek ini. Aku boleh rasa perasaan yang dieorang alami seperti aku dahulu wk2 pertama kali mempelajari subjek akaun. & sekali lagi Alhamdulillah aku berjaya memperolehi gred A dlm subjek ini.

& sekarang punya cerita, aku amik subjek ini untuk kali ke3 dlm degree of Human Resource,bukan repeat tau tapi aku tidak dapat pengecualian kredit untuk subjek ini. Wah!!nmpaknya kte berjumpa lagi ya,hehe. Nak kata da muak dengan subjek ini adalah sikit2 tapi nak wat cmne aku kena hadapinya lagi. 

Itulah yang aku katakan keserasian diantara aku & subjek akaun. Kalau satu hari nnti aku ditawarkan untuk bekerja sebagai Human Resource Manager @ Accountant, maybe aku akan pilih untuk menjadi accountant.hehe


Tuesday, March 8, 2011

pasif ke diri saya ini??

segalanya bermula disini


Betulkah hidup aku ini dilingkari dengan suasana pasif? Aku nak jawab sendiri soalan ini tapi aku dpat rsekan yang aku x layak untuk memberikan jawapan...kerana org lain yang boleh menilai aku bukannya diri aku..samaada mereka selesa berhubung dgan aku atau sbaliknya.

Tapi aku dapat rasakan yang aku hidup dalam suasana yg begitu pasif dengan kata lain "agak skema" bak kata kwan baik aku..Jarang senyum, tidak pandai menunjukkan reaksi yang ceria. Aku akui & aku sedar..tapi itulah sikap aku yang sebenar bukannya aku berpura2 bersikap seperti itu. Bukannya hanya seorang yang cakap aku begitu, rakan-rakan aku yang lain juga termasuk emak yang sering kali menasihati aku agar aku bersikap mesra dengan orang lain.

Sebenarnya sikap ini bermula dengan 1 tragedi sewaktu aku di sek rendah. Aku ada meminati seorang lelaki kira dikatakan cinta monyet la ni...tapi aku hanya meminati dia dengan menyimpan didalam hati sahaja tanpa memberitahu isi hati ini kepada dia. Tapi malangnya rakan baik aku telah membocorkan rahsia ini dan terus memberitahu kepada si dia. Aku jadi takut dan tidak tentu arah masa itu tpi dlam masa yang sama aku lega kerana akhirnya dia tahu isi hati aku, tapi malangnya aku hanya brtepuk sebelah tangan sahaja. ok fine itu aku terima aku bawa kekecewaan itu jauh2 tapi rupanya perkara ini tidak tamat dengan begitu sahaja. Lelaki yang aku minati itu telah mengajak rakan2 nya sekali menghina aku di hadapan khalyak ramai dengan ejekan yang membuatkan aku terkesima n  x terkata. Sehngga sekarang aku masih ingat dengan hinaan daripada dia,betapa bodohnya aku menyukai seorang lelaki yang x guna.

Punca dari situlah aku mula takut untuk bergaul terutama lelaki, bila berhadapan dengan lelaki aku akan jadi kelu untuk berkata, hilang segala idea n aku tidak tahu bagaimana nak berkomunikasi dengan rakan2 lelaki sebabnya...aku takut perkara yang dulu akan terjadi semula.

Tapi aku x salahkan semata2 dengan kejadian ini.....aku patut fikir x semua lelaki yang jahat seperti itu. Aku patut sedar yang aku harus lupakan kisah ini dan terus berkawan dengan kaum Adam, lagi2 bidang yang aku ceburi melibatkan komunikasi antara satu sama lain lelaki & perempuan

Saturday, January 15, 2011

Ayah!!!Akak sayang ayah.

Keluarga adalah orang yang paling penting dalam hidupku, kerana bagiku mereka adalah semangat untuk diri ini. Keluargaku tidaklah begitu ramai seperti rakan2 ku yang lain. Mereka ialah ayah,emak,abang,balqis & adik. Aku begitu menyayangi mereka seperti aku menyayangi diriku sendiri.
Jikalau ayah & emak tiada siapalah diriku ini? "ayah, begitu banyak yang telah kau berikan kepadaku,kasih sayang yang tiada nilainya, wang untuk aku belajar,makan,minum & segala2 nya". Aku janji satu hari nnti aku akan membalas jasa yang telah ayah berikan kepadaku. Itupun aku rasa masih belum cukup untuk menandingi jasa yang telah kau berikan untukku. Seperti waktu ini, aku tahu ayah telah banyak mengunakan duit untuk wang pembelajaranku, Rumah sewa, barang keperluanku dan banyak lagi kerana aku tidak mengambil mana2 pinjaman. Segalanya ayahku turuti kerana bagi ayah jika untuk belajar semuanya ayah akan cuba untuk berikan. Aku ingat lagi kata2 ayah, "ayah nak lihat akak & anak2 ayah yang lain memakai topi dan jubah naik ke pentas mengambil sijil". Itulah harapan ayahku sebelum aku meneruskan pembelajaranku disini. Aku begitu terharu dengan kata2 ayah. Pernah juga banyak kali, kalau emak masak sedikit lauk ,ayah akan makan dengan kuantiti sedikit. Bagi ayah anak mesti didahulukan. Selepas itu emak mesti memarahi ayah kerana makan sedikit sahaja. Kata mak, ayah ni klu nampak lauk sedikit mula lah,xnak makan banyak sebab nak berikan kepada anak2 nya. Begitu terharunya aku dengan sikap ayah yang sanggup berlapar untuk ank2 nya. Hujung minggu, orang lain beristirehat tapi ayahku kerja, semuanya untuk mencari rezeki untuk keluarga. Kehidupan ayah sejak kecil bukanlah semewah seperti hidup aku sekarang, ayah mempunyai 9 orang adik-beradik dan ayahlah anak paling terakhir. Ayah tidak pernah mengenali lama dengan bapanya kerana bapanya telah meninggal sejak ayahku berusia 2 tahun lagi. Kadang-kadang ayah pernah juga bercerita mengenai kehidupannya yang susah sejak kecil lagi. YaAllah!!begitu deritanya kehidupan ayahku disaat itu. Aku bersyukur kerana mempunyai ayah yang begitu menyayangi diriku ini. Aku bersyukur sekurang2nya hidupku lebih senang daripada keluarga lain yg lebih hidup dalam kesusahan....
Akak sayang Ayah!!!!

Sunday, January 9, 2011

nak juga sentuh, tapi.............

Kucing adalah makhluk ciptaan Allah dan yang istimewanya ia juga merupakan binatang kesayangan Nabi kita (Muhammad Rasullullah)

Setiap kali aku terlihat binatang ini pasti denyutan jantung ku berdenyut kencang seolah-olah binatang yang aku temui adalah harimau. Banyak kali aku cuba untuk mengatasi kelemahan diri aku ini iaitu takut pada kucing. Aku pun tidak berapa pasti apa punca aku begitu takut pada kucing, kalau nak kata aku pernah cakar rasanya tidak pernah sekali pun aku kena.

Di rumah atuk di johor begitu banyak kucing kerana menjadi kegemaran nenek aku untuk membela kucing. Kucing juga dianggap sebagai pengubat lara nenek dan atuk jikalau anak&cucu tiada di rumah. Pernah sekali aku melihat nenek bercakap dengan kucing kesayangannya yang diberi nama "Tompok & Blue" seolah-olah kucing itu juga memahami apa yang dikatakan oleh nenek ku. Jikalaulah aku mampu berbuat seperti demikian......ermmmmm...!!

Niat dihati memang teringin membelai kucing seperti mana orang lain mampu lakukan..tapi aku sehingga sekarang masih tidak dapat berbuat sebegitu. Kadang-kadang aku malu dengan orang lain termasuk adik dan juga sepupu yang masih kecil, mereka selalu menyakat atau lebih mudah aku katakan dibuli oleh budak-budak dengan mengejek aku "akak mul takut kucing". Memang rasa geram sangat dengan ejekan mereka tapi apa je lah yang mampu aku lakukan dengan mengungut aku akan buang kucing kesayangan mereka ke tempat jauh..hehe..biar padan muka dieorang.

Pernah juga aku meminta keizinan daripada ayah aku untuk membela kucing, tapi hasratku itu tidak tercapai kerana ayahku tidak suka dengan binatang yang dibawa ke dalam rumah.

Jadi sehingga sekarang aku masih bingung dengan masalah yang aku hadapi ini tanpa sebarang penyelesaian!!

Saturday, January 8, 2011

Segalanya kian Berubah

Betul lah kata orang bahawa hidup kita sentiasa adanya perubahan. Perubahan yang ingin aku katakan ialah perubahan jalan kehidupan yg telah aku lakukan dengan memilih untuk menerima tawaran fast track, di mana sebelum ini aku belajar dalam diploma jurusan bisnes study daripada part 1 sehingga part 3 dan aku terus lompat ke degree of Human Resource. Memang susah untuk aku nyatakan sama ada aku suka atau tidak dengan pilihan aku itu. Pada masa ini, aku hanya mampu untuk cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan pembelajaran aku sekarang kerana inilah pilihan yang telah kulakukan.
1.Daripada sudut kawan, aku cuba menyesuaikan diri dengan mereka kerana mereka semua bukan sahaja seperti aku iaitu daripada fast track, malah ada datang daripada asasi/matrix & STPM.

2. Selain itu juga aku bukannya duduk kolej seperti dahulu, kerana program degree tidak melayakkan aku untuk menerima tawaran kolej seperti sebelum ini. Jadi tempat tinggal aku sekrang ialah di rumah sewa. Aku betul2 bersyukur kerana dapat rumah sewa yang betul2 berhampiran dengan UiTM. Jadi aku hanya perlu berjalan kaki 45 minit lebih awal jika ingin ke kelas. "Housemate"adalah rakan terbaik aku buat masa sekarang. Rumah sewa ini menempatkan 9 orang, dimana 4 senior degree tahun akhir & 2 senior diploma tahun akhir dan juga teman sebilik ku yang juga teman sekelas ku kerana secara kebetulan kami sama2 mengambil degree of Human Resource.

3. Kalau cerita mengenai subjek yang perlu kupelajari untuk first sem ni..aku terus terang bahawa aku tidak berapa suka dengan akta yang baru digubal kerana kami tidak dapat pengecualian kredit dengan subjek yang telah kupelajari sebelum ini seperti akaun, Economy & Mgt. Aku terpaksa untuk mengembalikan semula memori aku mengenai subjek ini.

Setakat inisahaja yang mampu ku coretkan mengenai kehidupan yang perlu aku lalui sekarang & aku berharap dapat menyesuaikan diri dengan segala perkara yang baru ini...dengan hasil doa keluarga tersayang, rakan yang sentiasa mendampingi..insyaAllah