Saturday, January 8, 2011

Segalanya kian Berubah

Betul lah kata orang bahawa hidup kita sentiasa adanya perubahan. Perubahan yang ingin aku katakan ialah perubahan jalan kehidupan yg telah aku lakukan dengan memilih untuk menerima tawaran fast track, di mana sebelum ini aku belajar dalam diploma jurusan bisnes study daripada part 1 sehingga part 3 dan aku terus lompat ke degree of Human Resource. Memang susah untuk aku nyatakan sama ada aku suka atau tidak dengan pilihan aku itu. Pada masa ini, aku hanya mampu untuk cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan pembelajaran aku sekarang kerana inilah pilihan yang telah kulakukan.
1.Daripada sudut kawan, aku cuba menyesuaikan diri dengan mereka kerana mereka semua bukan sahaja seperti aku iaitu daripada fast track, malah ada datang daripada asasi/matrix & STPM.

2. Selain itu juga aku bukannya duduk kolej seperti dahulu, kerana program degree tidak melayakkan aku untuk menerima tawaran kolej seperti sebelum ini. Jadi tempat tinggal aku sekrang ialah di rumah sewa. Aku betul2 bersyukur kerana dapat rumah sewa yang betul2 berhampiran dengan UiTM. Jadi aku hanya perlu berjalan kaki 45 minit lebih awal jika ingin ke kelas. "Housemate"adalah rakan terbaik aku buat masa sekarang. Rumah sewa ini menempatkan 9 orang, dimana 4 senior degree tahun akhir & 2 senior diploma tahun akhir dan juga teman sebilik ku yang juga teman sekelas ku kerana secara kebetulan kami sama2 mengambil degree of Human Resource.

3. Kalau cerita mengenai subjek yang perlu kupelajari untuk first sem ni..aku terus terang bahawa aku tidak berapa suka dengan akta yang baru digubal kerana kami tidak dapat pengecualian kredit dengan subjek yang telah kupelajari sebelum ini seperti akaun, Economy & Mgt. Aku terpaksa untuk mengembalikan semula memori aku mengenai subjek ini.

Setakat inisahaja yang mampu ku coretkan mengenai kehidupan yang perlu aku lalui sekarang & aku berharap dapat menyesuaikan diri dengan segala perkara yang baru ini...dengan hasil doa keluarga tersayang, rakan yang sentiasa mendampingi..insyaAllah

No comments:

Post a Comment