Saturday, January 15, 2011

Ayah!!!Akak sayang ayah.

Keluarga adalah orang yang paling penting dalam hidupku, kerana bagiku mereka adalah semangat untuk diri ini. Keluargaku tidaklah begitu ramai seperti rakan2 ku yang lain. Mereka ialah ayah,emak,abang,balqis & adik. Aku begitu menyayangi mereka seperti aku menyayangi diriku sendiri.
Jikalau ayah & emak tiada siapalah diriku ini? "ayah, begitu banyak yang telah kau berikan kepadaku,kasih sayang yang tiada nilainya, wang untuk aku belajar,makan,minum & segala2 nya". Aku janji satu hari nnti aku akan membalas jasa yang telah ayah berikan kepadaku. Itupun aku rasa masih belum cukup untuk menandingi jasa yang telah kau berikan untukku. Seperti waktu ini, aku tahu ayah telah banyak mengunakan duit untuk wang pembelajaranku, Rumah sewa, barang keperluanku dan banyak lagi kerana aku tidak mengambil mana2 pinjaman. Segalanya ayahku turuti kerana bagi ayah jika untuk belajar semuanya ayah akan cuba untuk berikan. Aku ingat lagi kata2 ayah, "ayah nak lihat akak & anak2 ayah yang lain memakai topi dan jubah naik ke pentas mengambil sijil". Itulah harapan ayahku sebelum aku meneruskan pembelajaranku disini. Aku begitu terharu dengan kata2 ayah. Pernah juga banyak kali, kalau emak masak sedikit lauk ,ayah akan makan dengan kuantiti sedikit. Bagi ayah anak mesti didahulukan. Selepas itu emak mesti memarahi ayah kerana makan sedikit sahaja. Kata mak, ayah ni klu nampak lauk sedikit mula lah,xnak makan banyak sebab nak berikan kepada anak2 nya. Begitu terharunya aku dengan sikap ayah yang sanggup berlapar untuk ank2 nya. Hujung minggu, orang lain beristirehat tapi ayahku kerja, semuanya untuk mencari rezeki untuk keluarga. Kehidupan ayah sejak kecil bukanlah semewah seperti hidup aku sekarang, ayah mempunyai 9 orang adik-beradik dan ayahlah anak paling terakhir. Ayah tidak pernah mengenali lama dengan bapanya kerana bapanya telah meninggal sejak ayahku berusia 2 tahun lagi. Kadang-kadang ayah pernah juga bercerita mengenai kehidupannya yang susah sejak kecil lagi. YaAllah!!begitu deritanya kehidupan ayahku disaat itu. Aku bersyukur kerana mempunyai ayah yang begitu menyayangi diriku ini. Aku bersyukur sekurang2nya hidupku lebih senang daripada keluarga lain yg lebih hidup dalam kesusahan....
Akak sayang Ayah!!!!

No comments:

Post a Comment