Tuesday, March 8, 2011

pasif ke diri saya ini??

segalanya bermula disini


Betulkah hidup aku ini dilingkari dengan suasana pasif? Aku nak jawab sendiri soalan ini tapi aku dpat rsekan yang aku x layak untuk memberikan jawapan...kerana org lain yang boleh menilai aku bukannya diri aku..samaada mereka selesa berhubung dgan aku atau sbaliknya.

Tapi aku dapat rasakan yang aku hidup dalam suasana yg begitu pasif dengan kata lain "agak skema" bak kata kwan baik aku..Jarang senyum, tidak pandai menunjukkan reaksi yang ceria. Aku akui & aku sedar..tapi itulah sikap aku yang sebenar bukannya aku berpura2 bersikap seperti itu. Bukannya hanya seorang yang cakap aku begitu, rakan-rakan aku yang lain juga termasuk emak yang sering kali menasihati aku agar aku bersikap mesra dengan orang lain.

Sebenarnya sikap ini bermula dengan 1 tragedi sewaktu aku di sek rendah. Aku ada meminati seorang lelaki kira dikatakan cinta monyet la ni...tapi aku hanya meminati dia dengan menyimpan didalam hati sahaja tanpa memberitahu isi hati ini kepada dia. Tapi malangnya rakan baik aku telah membocorkan rahsia ini dan terus memberitahu kepada si dia. Aku jadi takut dan tidak tentu arah masa itu tpi dlam masa yang sama aku lega kerana akhirnya dia tahu isi hati aku, tapi malangnya aku hanya brtepuk sebelah tangan sahaja. ok fine itu aku terima aku bawa kekecewaan itu jauh2 tapi rupanya perkara ini tidak tamat dengan begitu sahaja. Lelaki yang aku minati itu telah mengajak rakan2 nya sekali menghina aku di hadapan khalyak ramai dengan ejekan yang membuatkan aku terkesima n  x terkata. Sehngga sekarang aku masih ingat dengan hinaan daripada dia,betapa bodohnya aku menyukai seorang lelaki yang x guna.

Punca dari situlah aku mula takut untuk bergaul terutama lelaki, bila berhadapan dengan lelaki aku akan jadi kelu untuk berkata, hilang segala idea n aku tidak tahu bagaimana nak berkomunikasi dengan rakan2 lelaki sebabnya...aku takut perkara yang dulu akan terjadi semula.

Tapi aku x salahkan semata2 dengan kejadian ini.....aku patut fikir x semua lelaki yang jahat seperti itu. Aku patut sedar yang aku harus lupakan kisah ini dan terus berkawan dengan kaum Adam, lagi2 bidang yang aku ceburi melibatkan komunikasi antara satu sama lain lelaki & perempuan

No comments:

Post a Comment