Saturday, October 6, 2012

Pot Pet Pot Pet.....nak membebel sekejap!!

hari ini genap masuk 2 bulan aku study untuk semester 4. Alhamdulillah overall ok, pensyarah,kawan-kawan semuanya ok tapi mood nak study lebih serius mula semakin menurun, Aish x boleh jadi macam ini nanti keputusan exam pun boleh menurun.

Hari ini aku rasa nak membebel sekejap.Nak membebel pasal apa ya???hihi
aku nak membebel sesuatu yang aku rasa buat aku x puas hati tentang apa yang berlaku disekeliling aku.
dan aku harap apa yang aku tulis dalam blog ini bukanlah sikap aku, yelah kadang-kadang kita sedap je membebel rupa-rupanya diri kita pun macam itu. Dengan kata mudah "senang kita nak cari kesalahan orang lain, kesalahan diri sendiri x pernah nampak pun"

Antara topik-topik yang aku nak membebel:



1. Aku benci dengan orang yang membuang sampah merata-rata seperti botol dan tisu, ini benda2 yang selalu aku nampak orang buang. Setahu aku tong sampah dekat negara kita ini disediakan dalam kuantiti yang banyak seperti disediakan di hadapan setiap kelas, shopping mall dan banyak lagi la. Tapi kadang-kadang kita x jumpa tong sampah mungkin disebabkan tempat itu x sediakan ataupun sebab lain, Tapi itu x bermakna kita boleh buang sampah merata-rata atau selitkan sampah itu dikerusi atau dicelah sesuatu yang orang x boleh nak lihat, simpanlah dulu sampah itu bila sudah jumpa tong sampah barulah boleh buang.

2. Aku tidak suka dengan orang yang suka mengunakan perkataan yang kurang enak didengar nak mudah faham ni spesies yang suka mengunakan perkataan mencarut. Seingat aku dulu masa aku kecik time aku sekolah tadika abang aku ada mengajar bercakap benda2 yang mencarut ni seperti b***h, b**i dan banyak lagi tapi bila mak tahu aku mengeluarkan perkataan seperti itu mak terus ke dapur mengambil cili merah lalu mengonyoh cili itu ke dalam mulut abang dan aku. Uisyh pedih x terkata, mak kata kalau cakap lagi mak bagi upgrade kan cili padi pula, hihi. Mungkin sebab itulah aku dah x berani nak mengeluarkan kata2 seperti itu sehingga sekarang. Kadang2 bila kita mengatakan kata kesat seperti itu, itu dah dikira kita mendoakan orang itu misalnya kau ni b***h lah, b***h lah kita nanti. Jadi lebih manis kita mengeluarkan kata2 yang baik dan sedap didengar x kisahlah samaada dalam berkata atau penulisan.

3. Aku tidak minat dengan orang yang tidak menghargai hak milik kita. Bagi aku jika kita memberikan hak milik kita itu bermakna kita sudi untuk berkongsi bersama dia. Dengan itu kita mengharapkan dia dapat menjaga hak milik kita itu dengan baik bukan sebaliknya.

4. Aku tidak suka dengan orang yang tidak "alert" dengan keadaan sekeliling. Bagi aku "alert" bermaksud  memahami apa yang berlaku di hadapan kita. Misalnya A  menunjukkan muka masam disebabkan rasa x puas hati terhadap B kerana terpaksa menunggu lama, tapi B boleh buat selamba seolah-olah langsung tidak rasa bersalah. Aku paling anti dengan orang yang bersikap begini.

5. Aku kurang minat dengan orang yang x mahu memberi sokongan atau participant dalam sesuatu majlis tidak kiralah sama ada majlis itu kita sendiri organize atau sebaliknya. Bagi aku sokongan adalah penting daripada kita sendiri x kisahlah jika majlis itu membosankan pun. Sekurang2 nya kita perlu menunjukkan sesuatu yang baik dengan menghadirkan diri atau pun involve dalam aktiviti yang diberi. Tetapi jika dia mempunyai alasan tertentu yang bagi aku munasabah, itu xpelah nak buat macam mana memang ada perkara yang x boleh nak elakkan.

6. Aku paling anti dengan orang yang lokek ilmu. Ini kemungkinan terjadi disebabkan 2 keadaan. Pertama dia lokek disebabkan dia rasa kita sendiri yang malas nak usaha sendiri. Kedua dia lokek sebab takut ilmu yang dia ada akan berkurangan kerana berkongsi ilmu dengan orang lain. Bagi aku berkongsi ilmu adalah 1 perkara yang amat terpuji kerana dia sudi untuk memberikan pertolongan kepada kita apabila kita kurang memahami dalam sesuatu perkara. Tetapi kita ini jangan lah pula mengambil kesempatan dengan perkara terpuji yang dia lakukan itu seperti meniru assignment ke..oh no no tolonglah jangan mempergunakan orang yang telah buat baik kepada kita.

7. Aku tidak suka dengan orang yang suka potong "que". Ini selalu terjadi, sedap2 je potong line orang x kisahlah dia kawan kita ke. Ini banyak kali terjadi, rasa membahang je kepala ni seolah2 ada api yang sedang marak dalam kepala ini bila melihat dia memotong que. Tolonglah elakkan daripada bersikap begini, awak dah lambat beratur belakang la, xperlu nak menyelit dekat kawan yang duduk barisan hadapan.

8. Aku benci dengan orang yang x punctual. Kalau kita kata 2.30 dia boleh buat kita tertunggu selama 30 minit. Kadang2 aku terfikir dia x rasa bersalah ke buat orang tertunggu. Aku memang pelik dengan manusia seperti ini. Inilah dikatakan "janji melayu"

Jadi itulah di antara golongan2 yang mempunyai sikap yang aku tidak suka untuk berdamping. Aku tahu kadang-kadang kita x perasan kita bersikap seperti itu kerana kita lupa seolah-olah kita hidup di dunia sendiri, disebabkan itulah kita kena betulkan perspektif kita kerana kita hidup di dunia ini dikelilingi dengan banyak perkara.

aku berdoa: Ya Allah jauhkanlah aku dari bersikap sedemikian kerana ini akan membuatkan orang benci untuk berada di samping kita, jika aku alpa kau luruskan lah semula dengan sirami sikap2 yang terpuji dalam diri ini..

sekian