Thursday, March 10, 2011

o............akaun.

Sepanjang aku hidup selama 20 tahun ni, baru aku perasan aku & subjek akaun mmpunyai byk keserasian. Aku mula belajar subjek ini sewaktu tingkatan 4 lagi di Sek Men Teknik Sepang, dimana aku dwajibkan untuk mngambil kos ini sbagai subjek teras. So dengan keadaan terpaksa aku belajar subjek ini tanpa kerelaan aku..huhu...memang aku langsung x minat dengan subjek ini, kalau boleh nak je aku skip subjek ini. Tapi dsebabkan aku dapat tawaran dalam kos ini, aku gagahkan diri ini untuk mendalami subjek ini.

Mula2 aku pelajari subjek ini, satu benda pun aku x faham. Banyak persoalan yg muncul diminda aku, kenapa mesti ada debit & kredit, ape pasal lak item ni msuk debit n yg lgi 1 tu msuk kredit???huhu.Memang banyaklah yang aku fikirkan naik menyampah aku dengan subjek ini. Sebab yang lain pula, cikgu yang mengajar subjek ini begitu lembut, dari segi sikap dia, termasuklah suara dia yang dapat aku dengar sayup2 je. Yelah tempat duduk aku kat belakang mne nk dengar cikgu cakap slow sgat. Apa lagi kalau dah x dengar, mulalah hilang tumpuan. Startlah wat projek tahi mata bersama kawan2 lain. Cikgu dihadapan mengajar, aku & kawan aku enak dibuai mimpi. Memang teruk tul sikap aku masa 2, cikgu beriya2 lah  terangkan, aku wat smbil lewa je..jgn tiru ye kwan2 aksi ini..

So, bila dah dekat dengan tarikh exam (SPM) mulalah cuak, sibuk tanya kwan,cikgu n beli byk2 buku rujukan & buku latihan.2 lah padahnya dulu sambil lewa je dengan subjek ini skrang terimalah hukumannya. Tapi aku bernasib baik sebab sekurang2 nya aku sempat untuk sedar. Startlah penuh kertas ledger kat dlm fail and beg aku dengan latihan2 akaun. Lama-kelamaan aku mula faham sedikit demi sedikit, betullah cakap orang "cuba dulu, barulah tahu boleh ke tidak". So bila tibanya SPM, subjek akaun adalah subjek paling last sekali. Memang cuak ar, x pasti balance ke x atau sempat ke x nnti....redha jelah. Alhamdulillah, aku dpat balance kan akaun, so apa lagi gembira lah hati aku ini n bangga sangat2. Aku ingat lagi wk2 aku amik exam subjek ni aku duduk disebelah budak Kejuruteraan Awam, dia tgok je maybe nmpak cahaya kegembiraan dimuka aku..hehe. Selepas beberapa bulan result SPM keluar, alhamdulillah aku dpt 2A.

Aku ingat hubungan aku dgn subjek akaun berhenti dsitu je, rupanya tidak aku kena amik subjek ini balik sewaktu amik diploma bisnes study. Perasaan aku masa 2 terkejut jge coz x sangka kena belajar balik tapi xpe kali ini aku dah ade rse keyakinan terhadap subjek ini. Aku suka sangat dengan lecturer yg mngajar subjek ini En Mokhtar. Disebabkan aku ade basic dlm subjek ini, aku mampu untuk mmbantu rakan2 aku yang lain untuk dlm subjek ini. Aku boleh rasa perasaan yang dieorang alami seperti aku dahulu wk2 pertama kali mempelajari subjek akaun. & sekali lagi Alhamdulillah aku berjaya memperolehi gred A dlm subjek ini.

& sekarang punya cerita, aku amik subjek ini untuk kali ke3 dlm degree of Human Resource,bukan repeat tau tapi aku tidak dapat pengecualian kredit untuk subjek ini. Wah!!nmpaknya kte berjumpa lagi ya,hehe. Nak kata da muak dengan subjek ini adalah sikit2 tapi nak wat cmne aku kena hadapinya lagi. 

Itulah yang aku katakan keserasian diantara aku & subjek akaun. Kalau satu hari nnti aku ditawarkan untuk bekerja sebagai Human Resource Manager @ Accountant, maybe aku akan pilih untuk menjadi accountant.hehe


No comments:

Post a Comment