Sunday, January 9, 2011

nak juga sentuh, tapi.............

Kucing adalah makhluk ciptaan Allah dan yang istimewanya ia juga merupakan binatang kesayangan Nabi kita (Muhammad Rasullullah)

Setiap kali aku terlihat binatang ini pasti denyutan jantung ku berdenyut kencang seolah-olah binatang yang aku temui adalah harimau. Banyak kali aku cuba untuk mengatasi kelemahan diri aku ini iaitu takut pada kucing. Aku pun tidak berapa pasti apa punca aku begitu takut pada kucing, kalau nak kata aku pernah cakar rasanya tidak pernah sekali pun aku kena.

Di rumah atuk di johor begitu banyak kucing kerana menjadi kegemaran nenek aku untuk membela kucing. Kucing juga dianggap sebagai pengubat lara nenek dan atuk jikalau anak&cucu tiada di rumah. Pernah sekali aku melihat nenek bercakap dengan kucing kesayangannya yang diberi nama "Tompok & Blue" seolah-olah kucing itu juga memahami apa yang dikatakan oleh nenek ku. Jikalaulah aku mampu berbuat seperti demikian......ermmmmm...!!

Niat dihati memang teringin membelai kucing seperti mana orang lain mampu lakukan..tapi aku sehingga sekarang masih tidak dapat berbuat sebegitu. Kadang-kadang aku malu dengan orang lain termasuk adik dan juga sepupu yang masih kecil, mereka selalu menyakat atau lebih mudah aku katakan dibuli oleh budak-budak dengan mengejek aku "akak mul takut kucing". Memang rasa geram sangat dengan ejekan mereka tapi apa je lah yang mampu aku lakukan dengan mengungut aku akan buang kucing kesayangan mereka ke tempat jauh..hehe..biar padan muka dieorang.

Pernah juga aku meminta keizinan daripada ayah aku untuk membela kucing, tapi hasratku itu tidak tercapai kerana ayahku tidak suka dengan binatang yang dibawa ke dalam rumah.

Jadi sehingga sekarang aku masih bingung dengan masalah yang aku hadapi ini tanpa sebarang penyelesaian!!

No comments:

Post a Comment