Saturday, September 29, 2012

Suka-suka di Cmeron Highlands.

2 minggu lepas aku bersama rakan serumah pergi ke Cameron Highlands. Kami bertolak pukul 9 daripada rumah dan menuju ke Ipoh untuk shopping dulu, then lebih kurang pkul 12 barulah kereta kami mendaiki bukit Cameron Highlands.

Actually kami dah plan ke Cameron dari sem lepas lagi, tapi disebabkan tiada masa dan dipenuhi dengan assignment terpaksalah kami batalkan niat itu. Jadi memandangkan aku membawa kereta myvi auto, aku rasa inilah peluang terbaik sebabnya kalau aku bawa kereta yang aku gunakan sebelum ini Kembara manual mesti semput nak naik bukit Cameron hihi.

Pkul 4 macam itu kami sampai ke pekan Brinchang, sesak sangat masa itu yelah hari isnin itu pun cuti Hari Malaysia mungkin disebabkan iu orang ramai mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga. Selepas aku park kereta di pekan Brinchang, kami semua berhempas pulas mencari hotel atau homestay untuk menginap malam itu. Memang berani bak kata salah seorang guide tourist sebab kami pakai redah tanpa booking mana2 hotel dulu. Sebab itu kami round hampir 5 kali kowt untuk cari hotel dan akhirnya pukul 5.30pm macam itu kami dapat sewa bilik di 1 homestay ini betul2 berhadapan dengan shell..Apa ntah nama homestay ini, aku pun da lupa..huhu.

Selepas solat asar dan jamak sekali dgn zohor, kami keluar ke Pekan brinchang untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Dekat pasar brinchang macam2 ada, makanan dia pun sedap2 cuma kena telan pahit sikitlah sebabnya harga dia yang agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan pasar malam yang selalu kita pergi. Bila badan pun dah kesejukan segala makanan panas yang ada dihadapan mata menjadikan kami rasa nak beli semuanya je...hihi. Kami share2 duit beli satay, sotong dan cendawan goreng. Kami beli dan terus makan kat hadapan gerai itu, masa itu aku rasa macam ada ala2 gaya Jalan2 cari makan reality show tv 3 tu pun ada hihi.

Disana juga kami ada melawat Tanah Rata, Ladang teh Boh, Taman rama-rama dan juga Kaktus. Actually kami merancang ke Cameron hanya 2 hari 1 malam ja tapi disebabkan hari ke 2 itu kami leka berjalan di pekan Brinchang smapailah tidak sedar hari dah senja, aku jadi x berani untuk turun bukit cameron yelah dengan kabus yang tebal dan berkumungkinan hari akan hujan. Jadi aku dan member aku bersepakat untuk tido sehari lagi di Cameron tapi kami x menginap dimana2 hotel pun just tido dalam kereta sahaja..huhu. Memang agak takut lah juga malam itu tapi aku try park kereta di hadapan kedai 24 jam sebab kat situ ramai orang jadi rasa agak selamat sikit.

Dan bila keesokannya kami pun pulang. Dalam pukul 12 tengahari aku turun bukit cameron.

p/s:hampir kena saman speed trap  on d way turun bukit cameron tapi alhamdulillah kami terlepas. hanya 2 kereta dihadapan kami ditahan oleh polis.

Jom kita lihat gambar2 kenangan saya dan rakan2 sewaktu di Cameron Highlands:



Bosan jamm dari tanah rata ke Pekan Brinchang

Di taman pokok kaktus

Ladang Strawberry

Sebelum bertolak kena posing dulu

Kami di Tanah Rata

Syok sangat

Makan malam di restoran. Tunggu makanan sampai hampir 1/2 jam ramai sangat pelancong

Pagi hari di homestay tempat penginapan kami

Di taman bunga

Inilah kami dan seorang lagi photographer pic ini.

No comments:

Post a Comment