Friday, September 28, 2012

Kasih Sayang Yang Tiada Tandingan

Hari ini genap seminggu pemergian tok mak. Sekejap betul masa berlalu kerana seingat aku baru sahaja hari itu aku melihat tok mak ku terbaring kaku diatas tilam. Ya aku tahu kita sebagai umat islam perlu redha dengan segala ketentuan yang diberi, tetapi untuk menerimanya itu bagaikan susah untuk aku lakukan.

Tok mak adalah seorang nenek yang begitu baik kepada anak2, menantu dan juga cucunya. Kasih sayang yang diberi terserlah apabila kita betul2 mengenalinya. Selama 21 tahun aku mengenalinya, aku dapat rasakan aku begitu bertuah mendapat seorang nenek yang sangat menyayangi cucu2 nya. Dia pernah marah jika cucu nya tidak patuh pada ajaran tuhan, Ibu bapa dan orang lain.

Seingat aku, pada usia aku 12 tahun tok mak pernah menasihati aku bahawa Allah nampak segala2 nya yang kita lakukan di dunia termasuk ponteng solat sebab masa itu aku dan adik perempuan ku try untuk pura2 solat dan akhirnya kantoi apabila abang melaporkan perbuatan aku kepada ayah yang kebetulan sedang berbual dengan tok mak. Aku ingat segala2 kata-katanya dan akan aku turunkan kata2 ini kepada anak dan cucu cicit ku nanti.

Terakhir aku jumpa tok mak di majlis perkahwinan sepupu aku di Batu Pahat. Pada masa itu aku melihat tok mak kurang bercakap mungkin kepenatan. Tok mak memakai baju warna hijau turcoise dan disesuaikan dengan tudung Fareeda. Walaupun tok mak sudah berusia tetapi tetap kelihatan anggun. Tok mak juga seorang yang suka berdandan jadi cucu2 nya ini x pelik jika melihat peninggalan arwah berbentuk keronsang, cincin, batu pertama, gelang, rantai dan seumpamanya. 

Kalau lah aku tahu, tok mak akan meninggalkan kami pada masa terdekat ini. Sudah tentu akan aku luangkan masa bersamanya dengan makan. tidur sebantal dengannya dan x lupa menonton gerak khas tv2 bersamanya kerana ini adalah rancangan kegemaran yang xkan tok mak lepas untuk menontonnya.

Namun segala2 nya sudah tiada, yang hidup perlu teruskan kehidupan, yang mati dan pulang kepada penciptanya akan pergi selama2nya.

Tok mak kasih sayang yang kau berikan kepada cucumu ini xkan sesekali aku lupakan, walaupun aku rindu dengan belaian kasih sayang mu bersertakan nasihat berguna yang diberi akan aku simpan rapat2 dalam hati.

Aku sebagai cucu mu ini akan sentiasa berdoa untukmu di sana. Semoga kita akan berjumpa lagi di alam barzakh kelak.

Al-fatihah...................

No comments:

Post a Comment