Wednesday, September 26, 2012

Pemergian mu...

19th september 2012:
aku mendapat panggilan daripada sepupu aku memberitahu keadaan tok mak yg berada di hospital. Secara jujurnya aku tidak tahu langsung tok mak ku telah dimasukkan ke hospital, lalu aku terus call mak dn mak mengatakan tok mak akan menjalani operation usus pada malam itu.

20th septmber 2012: (10am)
di kelas HRD, aku mendapat panggilan daripada mak mengatakan jantung tok mak semakin kritikal. Dengan segera aku mengambil keputusan pulang ke kg johor bersama sepupu aku dengan menaiki kereta yg dibawa oleh rakan pkcik ku.

20th september 2012: (10pm-6am)
perjalanan mengambil masa hampir 8 jam kerana driver byk berhenti di perhentian kerana ngantuk. Di dalam kereta aku dan 2 org sepupu aku hanya bercerita kosong dn kadang2 mengenai tok mak ku...aku dn sepupu memang sengaja melarikan diri daripada mencerita topik mengenai tok mak kerana kami semua xnak sedih dan mengharapkan dengan kepulangan cucunya ini, dia semakin bertambah sihat.

21st september2012: (6am)
sampai je Batu Pahat aku terus ke hospital, kami meminta izin untuk naik ke wad melihat tok mak, selepas mendapat kebenaran dengan syarat bergilir2 secara 2 org lalu terus aku naik ke atas. Terasa seperti hendak pengsan apabila melihat tok mak yg bukan seperti tok mak yang selalu aku lihat. Wajah dan badannya yang agak berisi dan dipenuhi dengan tiub2. Matanya terbuka dan kadang2 berkedip2, aku bertanya dgn makcik ku yg menjaga tok mak pada malam itu "maksu, tokmak nampak kami ke x?" mak su kata "matanya sahaja yg terbuka,tapi tidak sedar".

Tiba2  tangan tok mak bergerak seperti sedar dengan kehadiran aku dan sepupu aku, lalu aku terus mencium tangannya. Aku percaya tok mak tahu kami cucu dia datang menjenguknya. Tok mak juga seperti hendak seperti bercakap dengan kami apabila aku mendengar suara di kerongkong nya. Selepas 10 minit aku disitu, aku meminta izin untuk turun bagi memberi peluang kepada sepupu aku yg sorang lagi untuk melihat tok mak. Selepas itu aku terus pulang ke rumah makcik ku untuk tidur.

21st september 2012:
(12.15 tghari)
aku sedar daripada tidur apabila ayah mengatakan nak bawa kami jumpa tok mak. Pada masa itu aku sering melihat jam, jam dibilik air, di dapur, jam tangan, hp aku pun xtahu kenapa setiap jarum jam yg berdetik itu akan aku lihat.

(12.50 tghari)
sampai di hospital aku keluar daripada kereta untuk pergi ke wad tok mak. Tiba2 ayah kata "kak tok mak da xde". YaAllah pada masa itu bertapa menginggil je badan aku untuk menerimanya. Tapi aku terus langkah ku menuju wad tok mak. Aku melihat makcik,pkcik dan sepupu aku mengalirkan air mata.....aku mencium tok mak..

(4.30pm)
jenazah tok mak dibawa ke rumah rengit johor, sebelum disembahyangkan kami cucunya mencium pipinya. Aku dapat rasakan kesejukan di pipinya.

(5.45pm)
di Tanah kubur kelihatan ramai orang, aku tidak sempat melihat tok mak dimasukkan ke liang lahad atas sebab lewat ke tanah kubur, apabila talkin dibacakan aku dapat rasakan betapa sebu nya hati dn air mata ni walaupun aku tahu tidak elok kita menangis di tanah kubur.

No comments:

Post a Comment