Wednesday, March 20, 2013

sweet vacation.....INDONESIA (episod 2)

...di dalam "mobil" maksu dan pakshai sibuk mengatur perjalanan kami semua. Pada mulanya mereka bercadang untuk membawa kami ke "MANGGA 2" tapi disebabkan kami semua masih belum solat zohor, pakshai tukar plan kita chek in dulu di hotel. Ketika dalam perjalanan mata aku ligat melihat suasana Jakarta di luar tingkap mobil sambil tangan ku merakam gambar. Opppss lupa nak bagi tahu..ya sekarang aku berada di Jakarta yang merupakan bandar terbesar di Indonesia. Menurut pak ruby, kota Jakarta mempunyai penduduk seramai sama dengan penduduk di Malaysia. Cuba bayangkan hanya 1 jakarta sudah sama bilangan penduduk di Malaysia. Patutlah aku lihat bertapa sesaknya di setiap sudut di kota Jakarta.





Sepanjang perjalanan aku boleh melihat betapa "macet"=jammed nya jalan yang kami lalui, sampaikan daripada highway ini ada 3 lorong boleh menjadi 6 lorong...Ok..secara jujurnya aku boleh katakan rakyat Indonesia merupakan pemandu yang pantas dan berani..Nak tahu kenapa..haha cuba korang bayangkan mereka ini boleh membawa kereta dengan memotong orang lain sesuka hati tapi orang yang kena potong tu relax je...klu x pun hon 1 kali je..cuba kalau perkara ini jadi kat Malaysia sudah tentu dah jadi isu besar antara pemandu& pemandu. Kami di dalam mobil banyak kali menjerit dengan pemanduan pak ruby...senang kata boleh histeria la dengan cara dieorg memandu. Dalam hati aku kata kalau aku duduk di Indonesia rasanya aku berazam x amik lesen..huhu..susah nak describe kan cara mereka memandu tapi dalam short context mereka ini hebat dalam membawa kereta dan motor.

45 minit kemudian kami pun sampai ke hotel 88...kami semua bawa turun semua bagasi, time tu aku pelik betul semua orang tengok..bak kata maksu orang sini memang macam tu, suka tengok foreigner. Sementara menunggu pak ruby check in kan kami...kami duduk berbual di lobby hotel. Tiba-tiba pak ruby datang ke arah kami dan mengatakan tersalah check in hotel..Haha time tu rasa nak gelak je..malu pun ada. Maksu dan pakshai pula da bengang yelah kesilapan dari tourist guide..sebenarnya tourist guide yang dipilih oleh maksu dan pakshai bukannya pak ruby. Tapi disebabkan org yang sepatutnya menjadi tourist guide kami x dpat datang atas sebab isterinya deliver baby..so pak ruby menjadi pengantinya. Then apa lagi masuk balik lah semua bagasi dalam mobil..hihi...

selepas 15 minit..kami sampai ke hotel 88 yang betul. Hotel ini netul-betul berada di tengah-tengah bandar. Selepas check in kami masuk ke bilik-bilik masing-masing. Aku mendapat 1 bilik dengan mak, kami semua ditempatkan 1 bilik 2 orang...weeee best sangat time tu. Walaupun bilik nya kecil tapi amat selesa.





Selepas bersiap-siap dan solat zohor beserta jamak solat asar...bermula lah perjalan kami menerokai bandar Jakarta. MANGGA 2 menjadi destinasi pertama kami. Untuk pengetahuan kawan-kawan MANGGA 2 merupakan shopping complex yang menjual barang dengan harga murah. Aku dapat tahu info ini pun dari drama "cucu menantu"..hihi..Dalam 15 minit kami sampai ke destinasi, serius memang excited giler...kami semua berjanji dengan pak ruby untuk jumpa semula pada malam nanti sebab pak ruby hanya mampu untuk menghantar kami ke MANGGA 2  dan pulang kami terpaksa menaiki teksi sebab pak ruby perlu mengambil keluarga kak ayu di terminal.

Lihatlah inilah dia hasil penerokaan kami dari 5.00pm-6.00pm...






macam mana mesti korang semua pun excited kan kalau dapat shopping macam ni..Di sini aku berjaya membeli 2 beg tangan yang 1 berharga Rp 15 000 = rm 15 dan telekung Rp 100 000 = rm 30..Ok kan...!!murah dan berbaloi-baloi

ok next, selepas penat shopping time kami untuk pulang ke hotel, kami menaiki taxi blue bird..ntah lah sebenarnya aku x berapa faham, kami hanya menurut kata pak ruby supaya menaiki taxi blue bird..katanya lebih selamat, tapi malangnya taxi yang kami tidak jumpa yang ada white bird..so kami amik inisiatif just amik taxi yang ada depan mata iaitu white bird..sampai hotel kami dikenakan caj sebanyak Rp 100 000 = rm30..kata maksu ok la tu x delah cekik darah sangat. Tapi serius korang kalau teksi akan terkena histeria sekali lagi..ni betul-betul real da macam naik kete F1 je rasanya..huhu

Jam 8.00pm (indonesia), kami berkumpul di lobby hotel. Kelihatan keluarga kak ayu pun sudah selamat sampai. Perjalanan kami menuju ke Garuda Restaurant, apa lagi time untuk isi perut yang kosong lah. Sampai je di sana, kami disajikan dengan pelbagai makanan. Untuk pengetahuan semua restoran ini akan menghidang segala makanan di atas meja sehinggalah penuh walaupun x dipesan, apabila hendak makan barulah kami akan pilih dan dikira bayaran. Oleh sebab itu kami telah memilih makanan yang unik seperti sate pedal, udang sambal dan macam lagi..enak!!!sehingga menjilat jari...kos kami makan disini seorang rm 20.00

muka kelaparan




Selepas seharian kami berjalan di Jakarta...masa untuk kami pulang ke hotel untuk berehat. Destinasi untuk esok maksu plan bangun seawal jam 8 sarapan di lobby dan bergerak ke kota Jakarta dan petang ke Bandung

bersambung......



No comments:

Post a Comment