Wednesday, March 27, 2013

sweet vacation.....INDONESIA (episod 3)

23hb Februari 2013 (hari ke-2)

0530 am...bangun subuh dan tido balik...haha..kepenatan berjalan semalam x abis lagi. Jam 0630 bersiap-siap dan get ready untuk turun ke lobby apa lagi breakfast la... Di lobby kami disajikan dengan pelbagai makanan, amik jelah yang mana anda suka lagipun layan diri xde orang halang pun klu nak makan lebih. Untuk mengelakkan sakit perut dan kesukaran mencari toilet, aku remind diri aku sendiri agar elakkan daripada mengambil makanan yang banyak.



Jam 0800, kami semua da bersiap sedia di hadapan pintu hotel selepas buat proses check-out. Bermulalah perjalanan kami semula....

Pak Ruby membawa kami semua melihat bandar Jakarta, Memang tersergam indah bandaraya nya. Kelihatan bangunan yang tinggi, bngunan kerajaan, arca-arca yang sentiasa menghiasi di setiap kota yang menjadi mercu tanda dan sejarah kota. Kami diberhentikan di satu tempat yang di panggil MENARA MONAS. Menurut pak Ruby menara Monas merupakan salah satu tempat menarik yang menjadi salah satu tempat tumpuan para pelancong, ia juga dipercayai di hujung mercu itu dibaluti dengan emas, tetapa kesasihan ceritanya sampai sekarang masih belum diketahui. Di situ kami semua mulalah start buat sesi pengambaraan, macam-macam style kami buat..di luar pintu menara Monas terdapat ramai peniaga yang menjual cenderahati dan juga t-shirt untuk di buat kenangan, Ada juga peniaga yang sentiasa mengekori kita untuk menjual barangnya...ia terus terang memang rimas dengan kehadiran mereka.. Ketika aku mengambil gambar, tiba2 kami dikejutkan dengan kehadiran Bapak polis ala macam majlis bandaraya la...semua peniaga yang buat aku rimas tadi lari bertempiaran, yang ada gerai dengan gerai2 nya di bawa lari..rupanya baru aku faham mereka tidak dibenarkan berniaga di dalam dan berhampiran luar pagar menara Monas. Mereka boleh berniaga tapi mesti dengan jarak yang dibenarkan. Time tu aku rasa macam dalam cerita sinetron indonesia pula ala cerita yang kadang2 orang miskin lari bila nampak polis..hihi




Selepas 15 minit kami berjalan di menara Monas, kami semua meneruskan lagi perjalanan ke TANAH ABANG...Uisyyhhh serius sesak bebeno jalan time tu...tapi kami semua x perlu risau semua itu dengan kepakaran dan tips yang diberi kepada bapak polisi semuanya bisa diatur. Sampai je ke TANAH  ABANG kami diberi masa unuk shopping selama 2 jam...Di situ aku beli 2 helai baju blouse, tudung semuanya untuk aku pakai ke kelas nanti, Azim pula beli sweater ala2 running man dan seluar tight warna merah dan mak pula membeli baju dan juga alas meja, telekung yang dikirim oleh kawan mak. Ala harga semua murah-murah dan boleh dikurangkan.




Selepas 2 jam kami semua pulang ke mobil pak Ruby untuk meneruskan perjalanan jauh yang mengambil masa 5 jam di highway untuk ke Bandung...SELAMAT TINGGAL JAKARTA

Di highway, kami berhenti sebentar di rest area klu kat Malaysia panggil R&R...untuk solat zohor dan jamak asar, sambil itu juga kami makan bagi mengisi perut yang lapar..Aku order bihun sup dan teh gula. Boleh lah sedap lah juga...




 


Lebih kurang pukul 6.00 petang, sampailah kami di Bandung yang dikenali sebagai bandar terbesar ke 2 dan kelahiran negeri artis, yelah sebab kata Pak Ruby banyak artis yang dilahirkan di Bandung. Sampai je disana destinasi pertama kami iaitu Herritage. HERRITAGE adalah sebuah pusat membeli belah yang menjual barang-barang brand tetapi dengan harga murah oleh sebab di reject, kalau di Malaysia ia dipanggil reject shop. Jejak je kaki aku ke HERRITAGE aku boleh melihat kelainan pusat membeli- belah ini di mana ia menampilkan konsep santai dan mewah. Kalau dapat dilihat customer yang datang semuanya orang yang nampak berada dan kaya. Betul-betul berbeza suasananya di Jakarta. Disitu aku tidak membeli apa-apa kerana bukan harganya mahal tapi kurang berminat dengan style baju yang dikemukakan. Mak membeli baju balqis sebagai hadiah untuk dia kerana tidak dapat melancong bersama kami. Jadi aku di situ hanya melihat sahaja koleksi-koleksi yang di jual..senang kata aku lebih berminat dengan barang yang murah, cantik dan berkualiti.


selepas hampir 2 jam shopping di situ..tiba masa kami untuk ke next destination...tapi tiba2...abang aku seorang sahaja yang masih tidak muncul seperti yang dijanji..mak da mula panik yelah bak kata mana lah tau kena culik dengan orang indonesia ke atau sesat...Kak ayu start mencari abg dan akhirnya jumpa..mak su start membebel kat abg sebab x menepati janji.abang hnya mampu tergelak dan memberi alasan bagi dia kalau boleh 1 HERRITAGE dia ingin beli...Hahaaa abg memang macam tempat-tempat macam inilah feveret dia...barang yang mahal dan berkualiti..berbeza betulkn dengan aku? hihi


Selepas itu pak Ruby start membawa mobil dengan high speed untuk ke destinasi seterusnya sebab tempat seterusnya ini ditutup pada pukul 9 malam, jadi untuk mengelakkan kami tidak berpeluang untuk ke sana, terpaksalah kami pegang kerusi kuat2 dan pakai seat belt..hihi. Alhamdulillah kami berjaya sampai ke destinasi seterusnya RUMAH MODE...pelikkan nama tempat ini...di sini juga merupakan tempat membeli belah sama juga barang yang dijual adalah barang branded. Cuma konsep yang di bawa berbeza sedikit ala-ala Bali...Di situ aku tidak membeli apa-apa hanya cuci mata dan bergambar sahaja..Tapi yang menariknya di situ aku suka dengan kek dan roti yang di jual di situ..sedap sangat..




Selepas penat shopping, maksu dan pak shai meminta pak Ruby membawa kami ke restoran yang berhampiran dengan homestay kami, yelah masing2 da tiada energy jadi kami semua pun da malas nak jalan jauh-jauh lagi. 15 minit kemudian sampai lah kami ke restoran yang disarankan, di situ kami dikenalkan dengan makanan sunda (1 etnik yang ada di Indonesia)..Di situ kami dikenalkan dengan makanan yang unik iaitu "ikan terbang" pelikkan dan takut pula nak makan. Difahamkan ikan itu digoreng dengan minyak yang betul2 panas dan sehinggal ikan itu akan berbentuk melentik..unik kan? seperti di Jakarta, di sini pun ada peniaga yang menjual cenderahati, yang aku kagum dengan mereka, mereka sanggup menunggu kami semua selesai makan di luar kedai semata-mata untuk memuuk kami membeli barang yang mereka jual, azim membeli 10 key chain untuk dijadikan hadiah cenderahati kepada kawan2, tapi selepas kami membuat perbezaan boleh kami katakan harga di jual agak mahal berbanding peniaga di Jakarta. Erm...satu lagi yang menunggu kami ialah pekerja restoran sunda ini..nak tau kenapa? sebab kami adalah last customer, sian betul dieorg x boleh nak off duty selagi kami x keluar dari kedai mereka. nak buat mcmana kami adalah sumber rezeki mereka.


Selesai makan, kami menuju ke homestay. Malam ke 2 kami tinggal di sebuah banglo yang berada di kawasan perumahan. Aku betul-betul tertarik dengan keindahan rumah banglo yang aku duduki..serius cantik, selesa dan besar. Cuba bayangkan rumah banglo yang macam cerita orang kaya2 tu..macam tulah rumahya. Selepas siap-siap mmbersihakan diri time untuk tidur.....tapi sebelum itu aku, azim, abang mula buat projek testing baju, seluar dan macam2 lagi yang kami beli tadi..hihi..dan akhirnya krooooihhh kroooooihhhh (tidur)


bersamabung.................




No comments:

Post a Comment