Saturday, March 16, 2013

sweet vacation.....INDONESIA

Hello kawan-kawan, selamat sore. Ketemu kita lagi dengan cerita baru yang akan gue coretkan...hihi

cup cup...apa pasal aku speaking "indonesia" pula ini..haha inilah dia bahana rindukan trip ke Indonesia yang aku rasa tidak akan aku lupakan sepanjang hidup...kali ini aku ingin memnceritakan pengalaman aku melawat negara Indonesia. Untuk pengetahuan kawan-kawan, ini adalah kali pertama aku travel ke negara luar..jadi sudah tentu excitednya lebih sedikit..Aku akan kongsikan seberapa ilmu, pengalaman dan tips yang mana mampu aku coretkan. Untuk kali ini aku akan cerita setiap saat, minit dan jam sewaktu disana dengan disertai gambar-gambar jadi cerita aku akan bersambung dari hari pertama sampailah hari terakhir....Harap kawan-kawan dapat input yang berguna..maaf kalau ada typo atau pengunaan bahasa yang salah..hihi

22hb Februari 2013 ( Jumaat)

Alarm jam hp berbunyi pukul 4.00am. Uargggghh!!! aku menguap serius mengantuk sebab x dapat lelapkan mata sepanjang malam tadi. Yelah mana nak dapat tidur sebab terlalu excited memikirkan hari esok, aku akan berangkat ke Indonesia buat pertama kali. Tiba-tiba mak memanggil aku dari bawah "akak bangun, dah tiba masanya, pergi mandi, sarapan dan siap-siap". Lalu aku pun turun dan melakukan apa yang disuruh oleh mak. Begitu juga dengan abang, adik dan ayah. Aku melihat abang dah kelihatan segak dengan barang yang sudah siap di 'packing'. Yelah abang bertolak awal sedikit dari kami sebabnya tiket kami berbeza, flight abang pukul 7am manakala aku, mak dan azim menaiki flight MAS pukul 8.15am, mak su dan pakshai pula flight Air Asia pukul 9.15 am dan terakhir keluarga kak ayu flight MAS pukul 4.30pm. Jadi totally kami seramai 11 orang yang akan pergi trip ke indonesia ini.

Disebabkan kita mesti berada di Terminal seawal 20 minit daripada waktu berlepas, terpaksalah kami mengikut masa ayah bertolak ke kerja sebab ayah yang akan hantar kami ke terminal. Sampai je disana, kami dibantu oleh kak ayu untuk "check in" means check tiket dan juga uruskan bagasi untuk dimasukkan ke dalam kapal. Tapi yang kelakarnya mentang-mentanglah bakal kakak ipar aku ni kerja disini, boleh pula dia bukakan 1 kaunter special untuk kteorg buat check in, yelah kaunter lain semuanya penuh...hihi untung juga dapat bakal kakak ipar yang kerja disini. Selepas selesai segala urusan termasuk lah barang dan badan ku sendiri di check oleh polis imigration, baru lah kami lepas ke tempat menunggu kapal terbang, uisy serius complicated betul nak lepas banyak sangat proses yang perlu dilalui tapi kalau kita fikir secara "+" sudah semestinya ini adalah untuk keselamatan negara juga.

tengok itulah flight nya yang akan bawa kami terbang ke Indonesia

excited sangat2 mak dan azim.haha aku pun juga cuma x ada je gambar aku..

Memandangkan dalam flight x boleh nak on hp, x dapatlah aku nak ambil gambar banyak dalam kapal terbang, kalau boleh dah lama aku niat nak ambil gambar mat salleh yang duduk depan dan belah kanan aku hihi....tapi kalau dapat pilot lagi syok haha..niat x baik betul...

dalam fligt kiteorang disajikan dengan 2 pilihan samaada roti canai atau nasi lemak, aku pilih nasi lemak. Mak dan azim roti canai..boleh lah sedap juga menu dia tapi lagi untung kalau naik under business class..ini berdasarkan maklumat family bakal kakak ipar aku..disebabkan economy class dah penuh, terpaksalah dieorang naik under business class even mahal tapi makanan dieorg lagi sedap siap ada sate ayam turki lagi..waaaa syoknya. xpe nanti lain kali aku nak rasa naik business class pula.

Perjalanan kami mengambil masa selama 3 jam..sempat lah juga aku lelapkan mata. Perkara pertama yang dapat aku rasakan debaran ketika kapal nak terbang, sangatlah takut yelah cuba bayangkan tadi kita di darat sekarang kita di udara. Tinggi sangat dan indah dengan melihat kepulan awan-awan yang betul-betul berada di luar tingkap sebelah kiri aku. Disebabkan kami betul-betul duduk di atas sayap kapal, kiteorg boleh lihat kesan tekanan udara mennyebabkan sayap kapal bengkok..uisy memang seram...Tapi paling aku kagum indahnya ciptaan tuhan apabila rupanya diatas langit kita selalu melihat awan tapi itu adalah lapisan pertama, dan diatas nya ada lagi beberapa lapisan..YaAllah begitu tingginya ciptaan mu.

                                                 Lihatlah seat aku di atas kepak kapal terbang


sempat juga snap sebelum turun

Selepas beberapa jam, pilot memberi 'announcement' meminta kami semua memakai semula seat belt bagi persediaan untuk mendarat. Tepat pukul 10.15am, jejak lah kaki kami ke "Terminal Soekarno Indonesia" Mesti korang pelik tadi aku kata 3 jam napa pula aku smpai seawal 10.15am bukan patutnya 11.15am..hihi xdelah sebenarnya sama sahaja sebab waktu di indonesia adalah awal 1 jam dari waktu Malaysia so terpaksalah aku biasakan diri melihat jam awal 1 jam. Seperti biasa sampai disana kami di check sama system seperti di Terminal KLIA. Adalah juga rasa teragak-agak yelah macam tadi di Malaysia ada bantuan bakal kakak ipar aku, disini kenalah kami survive sendiri. So kiteorg ikut jelah orang yang naik kapal dengan kami tadi. Ketika passport kami di check oleh pekerja immigration Indonesia, sempat pekerja itu beramah mesra dengan kami dengan bertanya dari mana? untuk apa datang sini? dan banyak lagi dan dia juga bergurau dengan kami mengenai upin dan ipin. Kalau nak tahu orang indonesia mengenali Malaysia dengan karakter upin dan ipin..first impression aku ramah juga orang indonesia ini..hihi

So next process time untuk ambil bagasi, sebelum itu aku, mak dan azim sempat ke toilet untuk membuang apa yang patut hihi...time tu x terfikir pun apa akan terjadi kalau ambil beg lambat. Selepas keluar toilet kiteorg pun carilah bagasi di bahagian no. yang ditulis dalam tiket kami..cari-cari xde, pelik juga rupa-rupanya beg kami telah diletakkan di bahagian "BAGASI HILANG" haha nak tergelak aku rasanya...sebab baru je beberapa minit ke toilet dah jadi macam ini..ada pekerja laki disitu yang membahasakan dirinya sebagai "om" membantu kami mengangkat beg ke troli..hihi

Selepas itu kami pun ke pintu keluar departure terminal mencari abang yang sampai awal dari kami dan juga tourist guide yang akan membawa kami jalan-jalan di Indonesia. Kami dan abang berjanji jumpa di McDonald tapi cari-cari x jumpa pun mana McD, tiba-tiba ada seorang lelaki muda muka ala-ala "irwansyah" menahan aku dan menawarkan kereta sewa. Aku menolak dengan cara yang baik dan apa lagi aku pun tanya lah dia mana direction ke McD...dan dia kata dia xtahu apa itu McD...dalam fikiran aku o...dia xtahu kowt nama singkatan McD so aku sebutlah M.c.D.O.N.A.L.D.....barulah dia faham dan dia kata sini tiada McD yang ada A&W.1 perkara yang aku pelik dengan orang ni..dia cakap BI tapi susunan ayat yang dikatakan tu macam x kena je bagi aku bila aku cakap BM dia x paham pula ,then aku pun cakap BI bolehlah dia faham sikit2. Bila aku tanya dia baik2 english mana yang dia pakai, dia kata dia belajar sikit-sikit melalui kawan-kawan untuk bekerja sebagai ejen kete sewa bagi mencari sesuap nasi untuk mak dan adik dia .huhu terharu betul aku dengar..bagus-bagus aku betul-betul puji dia. Ok stop cite pasal lelaki tu next adoi kiteorang pun da start bingung macam mana nak cari abang ni..kalau kol mana boleh,,,karang balik2 Malaysia tengok bil-bil melambung-lambung..huhu...Jalan-jalan terjumpa abang Alhamdulillah nasib baik kalau tidak niat aku nak je buat announcement nak panggil nama abang..hihi....

Abang yang kelihatan penat mengatakan dia x jumpa pun langsung "tourist guide" yang dikatakan akan mengambil kami. sebelum itu maksu ada hantar "whatsapp" mengenai ciri-ciri tourist guide kami...tapi x jumpa pun....tiba-tiba ada seorang lelaki memakai cermin mata dan lebih kurang umur 45+++ menegur kami dan menunjukkan tulisan yang ditulis diatas kepingan kotak "bapak Akmal" dan Ibu Rosnani" (Malaysia) dan kami mengiayakan..dia rupanya tourist guide yang da lama tunggu kami tapi x jumpa-jumpa pun kami..yelah mana nak jumpa kalau dia tulis kecil sangat cuba dia buat besar-besar sudah tentu time kami keluar pintu terminal dah boleh nampak nama kami...huhu...lalu dia perkenalkan dirinya sebagai "pak Ruby"...dia membantu kami mengangkat beg untuk dibawa ke van yang akan membawa kami berjalan-jalan di Indonesia..First impression aku..wa..besarnya "mobil" ini...dekat cermin hadapan "mobil" ini ada tulis "PARIWISATA"..aku ingatkan nama company rupanya "PARIWISATA" bermaksud "PELANCONG" haha nasib baik aku tanya kat pak Ruby...kalau x smpai sekarang aku ingat nama company dia..hihi...
Di dalam "mobil" "PARIWISATA"

next perjalanan kami ke terminal soekarno 3..la baru aku tahu banyak terminal kat Indonesia ni...Terminal yang aku turun tadi adalah terminal 1...menurut pak ruby terminal 1 adalah untuk kapal-kapal besar dan mewah seperti MAS,GARUDA,SINGAPOREAN dan banyak lagi...manakala terminal 3 untuk kapal kecil dan grade rendah seperti AirAsia...yes dapat lagi pengetahuan baru...hihi....so tujuan utama ke terminal soekarno 3 untuk mengambil maksu dan pakshai...disana bukan sahaja pak ruby turun..kami pun sama saja nak lihat apa beza terminalnya ini...sewaktu aku dan family aku jalan ke sana aku melihat anak-anak muda menyusun sejadah di atas jalan tar luar masjid...wa sampai keluar jemaah lelaki solat jumaat. Bagusnya...!!

Hampir 3o minit kami menunggu maksu dan pak shai di bahagian pintu departure...kami duduk di kerusi berhampiran pintu. Aku sahaja melihat gelagat warga Indonesia...ada yang sibuk dengan laptop di atas riba, ada yang melayan kerenah anak-anak mereka..dan lain2 bukan setakat itu aku melihat juga fesyen dan perwatakan mereka..saja nak tahu ada beza atau tidak dengan warga negara aku..hihi...

Menunggu maksu dan pak shai


Mak pun juga 

Aku terdengar perbualan telefon seorang "tantor" di sebelah ku..rupanya dieorang ni terpaksa datang seawal yang mungkin sebelum bertolak menaiki flight...menurut dia kalau tidak pasti mereka tidak dapat lepas dari "macet"....huhu actually waktu itu aku x tahu pun apa yang dimaksudkan..aku pun buat dek jelah...beberapa minit kemudian maksu dan paksu pun sampai.....maksu kata apa lagi "now let's go to get sweet memories in Indonesia"...yeaahhh...

bersambung.............

No comments:

Post a Comment