Monday, August 27, 2012

Banyak ceritanya..

hari ini 27th august..
alhamdulilllah syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Tinggal lagi 2 minggu untuk aku habiskan masa dirumah setelah cuti sem hampir sebulan setengah. Mood memang rasa xnk balik je...malas nk study, buat assignment, presentation dan bla bla...tapi bila pikir balik apa nak jadi kalau x belajar...1 sijil pun xde macam mana nak kerja lain la member2 yang lain ada la juga sijil diploma..huhu..xpe2 x boleh malas2 kena rajin berusaha nk capai kejayaankan??

Sepanjang cuti sem ni bnyak perkara yang berlaku bermula dari..
15th Julai:
itu hari jadi aku, alhamdulillah dah 21 dah umur aku...xpe msih dalam kategori muda lgi tu, x moh risau2 ye...huhu nk sedapkan hati je tu. Tahun ni aku x sambut pun birthday just got wishing from kawan2 je..xpe itupun da ok.kan?

seterusnya 21st julai:
bermulalah detik semua umat islam mengerjakan ibadah rukun islam ke 3. Tahun ini aku menyambut bulan ramadhan pada hari ke7.,yelah kena faham orang perempuan katakan...ada bendera merah.huhu. Memang best ramadhan tahun ini dapat solat terawih bersama-sama jemaah di tempat aku tinggal. Lepas itu lepas balik terawih aku layan drama "Ramadhan terakhir" uish memang syok cerita ini bnyak pengajarannya. Kadang2 tu ada la juga aku teman adik kecik aku main mercun depan rumah. tapi jgn salah faham ya aku teman sahaja x main pun klu main pun pop pop jelah..hihi

19th August:
selepas sebulan berpuasa tibalah bulan syawal. Tahun ini pun aku meraikan bulan syawal dengan sederhana je. Kata ayah budget banyak lari jadi pakai apa je lah, kenalah berjimat-cermat. Raya tahun ini 4 baju raya..ooopppsss lupa terus dgn lari budget..huhu xdelah actually 1 baju mak aku jahit, 1 baju adik perempuan aku hadiahkan sempena hari jadi aku, lagi 2 mak belikan. Nak buat macam mana da rezeki org kasi baju xkan nk tolak pulak kan..3hari sebelum raya aku da bertolak awal ke kg di Johor, seperti kebiasaanlah beraya di kg ku di johor. Kami blik kg dgn dua kete sbb ayh tahun ni xdpt cuti jadi petang raya da kena blik. sebab tu bawa 2 kete senang kami nk g beraya. On dway blik kg aku drive ke poli merlimau nk ambil adik perempuan aku dulu.Aku drive dulu sebab abg aku ngantuk so dia minta aku drive dulu then brulah tukar lepas itu. Sampai2 je da ada saudara mara yg da smpai dulu. Dan esoknya barulah kami start msak untuk raya, tahun ini kami x tangkap ayam kg sbb nenek aku xnk lepaskan ayam kesayangannya huhu xde rezeki nk mkn ayam kg tahun ini. Dan bila masanya telah tiba takbir pun mula bergema aku dan keluargaku memakai bju sedondon berwarma turcoise cream..Kesimpulannya tahun ini beraya boleh dikatakan agak meriah klu nk dibanding dgn tahun lalu sebab semua adikberadik mak dapat berkumpul bersama-sama di hari raya pertama. Rya tahun ni juga dapat collect duit raya banyak hmpir rm 200 da ada dlm sampul duit raya aku...memang best hihi

hari ini 28th august:
hari ini nk beraya dengan member2 dungun, dieorg ajak pusing g rumah kwan2 n yang best sekali nk g sabak bernam rumah mira..x-roomate aku dulu.

jumaat ini aku nk blik kg lagi sebab ada majlis sepupu aku nikah syukur rezeki dia dapat mendirikan rumah tangga awal di usia masih muda 22 tahun, klu perempuan aku x kisah sgat sgat ni lelaki agak terkejut juga la yelah sebab dia msih belajar lagi kan.bila fikir balik apa la yang dia nk bgi isteri dn anak dia mkn, Tapi tu semua aku kena padamkan kata2 itu sebab setiap manusia Allah akan berikan pertolongan pada hambanya, mungkin ada hikmahnya dengan jodoh yg diberi.

ok setakat ni je..nk tido esok nk bgun pagi nk g beraya..hrap semuanya berjalan dengan lancar.InsyaAllah

Monday, July 9, 2012

Inilah cerita penghujungnya

akhirnya masa, tarikh yang ditunggu-tunggu telah tiba..

hari ini 10 julai 2012, aku akan balik ke sepang..cuti panjang sampai seminggu lepas raya..
hooray!!!! selama 6 bulan bersamaan 1 sem minda dan otak digunakan dan sekarang masa untuk ia berehat plak...hihi

aku bertolak lepas zohor..insyaallah!!!
sem ni aku drive sorang-sorang tanpa teman..klu sem lepas adik aku temankan..huhu
xpe insyaallah semuanya ok..dan aku harap jangan jadi kejadian seperti sem dulu..huhu
memang tragis klu nak diceritakan balik...tapi aku nk cerita juga hihi..

camni ceritanya,,,aku berhenti kat R&R nilai..untuk pergi toilet dan lunch, dan lepas makan aku pun nk teruskan perjalanan lah...tapii!!!!!kete aku x boleh start plak..adoi memang takut bercampur dengan risau yelah..masa tu awal pagi coz aku bertolak lepas subuh so aku smpai kat perhentian tu pun dalam pukul 10am macam tu...

Aku x kol parents aku sebab takut dieorang risau, jadi aku pun buat muka tebal mintak tolong orang. Aku nampak sorang lelaki lalu belakang kete dan trus mintak tolong kat die....nasib baik dia nak tolong aku sebab susah nak mintak tolong orang masa itu dengan keadaan hujan+ agak lenggang gn manusia.

Dia check kete aku, aku nampak boleh tahan terer dia ni sebab dia boleh tau semua enjin, wayar, kabel dalam kete tu..yelah pemandu lori xkan x tau pulak basic je bagi dieroang
dan akhirnya jalan pensyelesaian dia minta tolong kawan die sekali...tolak kete..ooopppppppsss!!bukan kawan die ya tolak kete aku dan die tolak keta dan member die tlong hidupkan suis dalam kete...dan akhirnya berjaya dihidupkan tapi kata die aku kena pastikan enjin kete x mati sebab nnty x boleh nak start balik..so aku pun drive dengan sentiasa menjaga clash dan minyak  terus smpai ke rumah.

Akhirnya I'm Home...tapi tu cerita sem lepas..

dan sem ini...aku harap x jadi macam dulu lagi...sebb aku sorangkan..dan klu aku rasa mcm nk g toilet aku akan pertimbangkan sbb aku takut bila tutup suis enjin nak buka on balik x hidup..huhu jangan mimpi ngeri aku nnti, lagi sanggup aku tahan daripada g toilet..

akhir cerita..bye bye..!!!Selamat Bercuti dan selamat berpuasa..

Friday, July 6, 2012

Mesti boleh punya...win-win method

Kalau dia boleh lakukan kenapa aku tidak??

setiap manusia dilahirkan dengan kebolehan masing-masing dan jika kita ingin jadi seperti dia, kena berusaha lebih sedikitlah untuk mencapai kejayaan seperti dia.

sikap iri hati sering ada dalam diri, macam menghasut jugalah ni....mengatakan yang aku perlu berlawan dengan dia secara win-lose maksudnya aku akan happy kalau dia gagal dan aku akan meraih kegembiraan dengan sendiri jika aku yang menang.

isyyhhhhhhhh!!!!!tolong lah elakkan aku daripada sikap begini...ini semuanya hasutan syaitan yang nak melihat umat nabi Muhammad hancur dengan menyimpan dendam.

kalau aku nak berjaya pun aku perlu mengamalkan kaedah win-win, maksudnya aku jadikan ia satu batu aras untuk aku mencapai kejayaan.

kalau dia berjaya aku pun boleh berjaya bersama-sama dengan dia..

                       
                 

fuhhhhhhhh.......lega

setiap nafas yang ku lepaskan ke ruang angkasa memberikan aku keinsafasan dan kesyukuran kepada Allah maha esa kerana memberikan aku lagi peluang untuk hidup di bumi ini.

hari ini 6 july 2012...
angin petang sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi kegirangan di hati kerana hari ini aku telah berjaya menjawab 1 paper dan hanya tinggal 1 paper je lagi iaitu pada hari isnin ni...

alhamdulillah segalanya "ok" dan ku harapkan markah dan grednya juga mestilah lagi "ok"..hihi
   
                                          

Saturday, June 30, 2012

Jodoh.......

Jodoh satu statement yang kadang-kadang menjadi tanda tanya dalam diri ini...
perlu ke aku memikirkannya...

sikap iri hati dalam diri sering menjelma apabila melihat adik-beradik, rakan2, sepupu dn orang yang berada sekililing mempunyai teman "boyfriend/girlfriend" untuk berkongsi cerita, dan gelak ketawa bersama2...

                                                            

Perlu ke semua itu??
1. ada orang kata kalu tiada teman, x seronok zaman muda kita

2.ada orang kata kalau tiada teman susah untuk kita cari jodoh untuk masa hadapan, senang kata bakal bergelar "andartu"

3. ada orang kata juga, jika kita tidak biasa mendampingi kaum adam kemungkinan kesannya kita tidak tahu mngawal emosi dan berkomunikasi dengan mereka

agak senang untuk aku percayai kerana aku sudah mula terasa kesannya "statement ada org kata no 3"

bila pikir balik memang wujud pasangan yang bernikah adalah daripada  pasangan yang memang dah lama bercinta lepas tu nikah dn ada juga yang disatukan atas plihan ibu bapa means becinta selepas nikah la ni...


x usahlah kowt aku mnghayalkan diri dengan memikirkan perkara ini sebab:

>couple adalah haram disisi Islam...
>jodoh dan maut semuanya ditangan Allah
dan yang pasti Jika aku ditemukan dengan dia "Mr. Right" aku harap dia adalah jodoh ku di dunia & di akhirat kelak.

                                            

pssttttt....mak aku pernah tye soalan maut:

mak: kak macam mana da ada ke belum??
ummul: haha...xde lagi ar mak. Relax ar mak usia masih muda
mak: klu xde mak nak carikan, ramai kawan mak nk cari menantu..
ummul: aduuuuuuuuuuuussss!!!!!!!!
(sakit kepala dtg balik)..

Hamba mu berserah padamu Ya ALLAH.....




Memang sedih dan kecewa apabila kita gagal melaksanakan sesuatu, lagi2 jika perkara itu adalah satu2 nye yang boleh membawa kita ke arah kejayaan.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ini apabila apa yang kita harapkan x menjadi...
Namun aku tahu kita perlu redha dn hanya berserah pada maha mencipta.

Apa yang aku harapkan hanya satu keajaiban yang diturunkan oleh Allah trhadap hambamu ini...
InsyaAllah

Thursday, June 21, 2012

macam mana boleh jadi macam ini............

mana diri aku yg dahulu, macam mana aku dan dia boleh bertukar.......
aku tahu kejayaan akan dicekapi jika kita cuba berusaha dengan gigih
tapi aku dan dia sama sahaja, x ada perbezaan pun..

itu adalah ayat yg sering bermain di minda aku.
aku x pernah nk mngaku itu adalah kesalahan aku sendiri. Dengan wujudnya sikap malas, x mahu berusaha, hye mendengar x mahu memberi pendapat..
itu semuanya datang dari diri aku sendiri...

berubahlah selagi kau mahu bergelar seorang yang berjaya